Bagaimana Syiling Silver dibentuk?

426930_336442483058772_100000790700600_837563_1416555408_n

Selain dari emas, saya juga ada menyimpan syiling silver keluaran GSR dan juga Dirham keluaran Public Gold. Saya pasti ramai pembaca blog ini yang menyimpan silver kan?

Jadi, mari kita layan video dari youtube ni untuk mengetahui bagaimana syiling silver ni di buat.

Bagi saya silver juga merupakan salah satu instrumen pelaburan yang menguntungkan. Seingat saya semasa saya mula membeli perak keluaran Public Silver pada tahun 2010 harga masa tu untuk 250g ialah sekitar RM500. Tetapi pada masa artikel ini ditulis ia bernilai sekitar RM1000. kenaikan hampir 2 kali ganda dlm masa 2 tahun.. dan jika di perhati rekod 10 tahun saya rasa kenaikan melebihi 700%.

Nanti saya akan tulis artikel kenapa silver ni juga berharga.

Jika anda berminat untuk membeli silver keluaran public gold anda boleh hubungi saya. Jika ingin emlihat koleksi GSR boleh terus ke www.gsr2u.com.my/fariz

Kenaikan Harga Silver 24% dalam 2 bulan?

hornbill-GSR-624x416

Sebelum ini saya pernah masukkan artikel mengenai Kenapa Silver? Dalam artikel tersebut ada di tulis beberapa faktor yang perlu kita tahu mengenai kelebihan pelaburan silver.

Jadi persoalan yang saya nak utarakan malam ini ialah berapa kenaikan silver sepanjang 2012?. Cuba anda perhatikan graf dari Kitco di bawah. Jika di perhatikan, harga silver pada 1/1 ialah pada USD28.78/oz. Dan pada malam ini 28/2/2012, disaat saya menulis ni, harga silver telah berada pada harga USD35.90/oz. Ha, dan tekan calculator? jawapannya ialah kenaikan silver pada tahun ini ialah sebanyak USD7.12/oz atau dalam percentagenya ialah sebanyak 24.74%.

Wow! Banyakkan? Kalau anda melabur RM100k dalam silver pada 1/1 hari tu, anda sudah tersenyum kerana profit anda mencecah RM24k hanya dalam masa 2 bulan. Yup.. 2 bulan sahaja anda sudah bergaji RM12k sebulan.

Saya tahu ramai di luar sana yang tidak berapa berminat dengan silver jika di bandingkan dengan emas. Tapi saya percaya, ramai yang sudah buka mata untuk memiliki silver. Kerana Silver merupakan pelaburan yang mampu milik jika di bandingkan dengan emas. Mungkin selepas tengok graf di atas, anda akan order silver dengan saya.

Jika ingin membeli silver, anda boleh mulakan dengan membeli silver 1 ounce keluaran GSR. Antara produknya yang baru dilancarkan ialah 1 oz Rhinoceros Hornbill 2012 Silver Coin seperti gambar di bawah ni.

Emas mahal, cuba silver pulak

bunga-raya

Ada di antara kawan-kawan saya yang apabila saya cuba promosi emas kepada mereka, mereka mengatakan emas mahal sangat. Jawapan saya, yup, emas memang mahal dan akan terus mahal. Jika kita tidak mampu nak beli emas sekarang, nampaknya kita susah nak beli pada masa hadapan.

Sebenarnya ada satu lagi logam yang sanagt berharga selain dari emas. Logam itu ialah perak. Semasa saya menulis arikle ini, harga emas ialah USD1700 per ounze. Tapi perak hanya berharga USD33/ounce. Anda nampak tak beza harga antara emas dan perak tu? Jauhkan. Kalau di tukar kepada ringgit, harga perak sekilo dalam RM4,000 tapi emas sekilo sudah berharga RM170,000.

Jadi jika anda mengatakan emas terlalu mahal. Anda boleh la memikirkan perak sebagai alternatif. Dan untuk pengetahuan semua kenaikan harga perak lebih tinggi dari emas untuk 10 tahun yang lepas. Kenapa? Kerana perak menjadi pilihan dalam sektor industri. Perak banyak di gunakan dalam sektor pembuatan. Jadi tidak hairan lah harga perak meningkat dengan begitu cepat.

Jika anda ingin mendapatkan produk perak, anda boleh menghubungi saya. Antara produk yang saya akan tawarkan ialah produk dari Public Silver (PS) dan Gold Silver Resources (GSR).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...