“Triple” Promosi Hebat di Bulan September dari Public Gold

dinar

Salam Sejahtera,

Kepada semua pelanggan yang dihargai,

“Triple” Promosi Hebat di Bulan September Ini

Promosi 1: Malaysia Day 916 Special

Dengan setiap pembelian Public Gold 916 Dinar atau i-Series bernilai RM10,000 dan ke atas dalam satu transaksi, anda akan mendapat RM100.00 baucer tunai untuk pembelian seterusnya.Terhad kepada 200 baucer tunai sahaja.Rebutlah peluang ini sebelum terlambat.

Promosi 2 : Double Counting untuk Sales Incentive Program

Dengan setiap pembelian RM1.00 produk Public Gold, anda akan mendapat Public Gold Leadership Seminar sales bernilai RM2.00. “Double counting” ini hanya sah dari 1st September -30th September 2012 sahaja. Jangan lepaskan ! peluang keemasan ini.

Promosi 3 : Bonanza Perak Kini Kembali

Setiap pembelian berjumlah 1 kg Public Gold Jongkong Perak dalam satu transaksi, anda akan mendapat RM50.00 baucer tunai untuk transaksi yang seterusnya.Terhad kepada 200kg Jongkong Perak sahaja.Rebutlah peluang keemasan ini.
Anda boleh memilih mana-mana Public Gold Jongkong Perak kecuali 10 Dirham Public Gold untuk promosi ini.

*Sila rujuk terma dan syarat yang dilampirkan dalam emel ini.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 04-6439999 atau emel kepada enquiry@publicgold.com.my

Sekian, terima kasih.

Bahagian Pengurusan Pemasaran
Public Gold Marketing Sdn Bhd.

Jangan beli Jongkong Perak Public Gold?

PublicGoldSilverCollection

Alamak.. apasal plak tak boleh beli jongkong perak ni? Bukan saya tak bagi beli jongkong perak, cuma jangan beli yang bernombor siri seperti di bawah ni. Ini kerana jongkong-jongkong perak ini telah di curi seperti artikle saya di link bawah ini.

Pegawai rugi RM50,000, 45 jongkong perak dicuri

Kalau nak beli, beli je dengan saya. Saya akan dapatkan Jongkong Perak keluaran Public Silver direct dari company.

Semalam saya dapat email dari public gold. Mari saya tunjukkan email dari Public Gold.

Makluman kepada para pengedar sekalian, anda dinasihati supaya lebih berhati-hati semasa membeli balik jongkong-jongkong Perak yang telah dilaporkan hilang. Laporan Polis bernombor PRESINT 7/000762/12 telah dibuat atas kehilangan 42 ketul Jongkong Perak Public Silver 250g dan 3 ketul Jongkong Perak Public Silver 1kilogram. Dimaklumkan juga bahawa pihak Public Gold tidak akan membeli balik jongkong-jongkong Perak tersebut kerana ianya telah diklasifikasikan sebagai barangan curian. Para pengedar sekalian diminta menghubungi pegawai-pegawai polis berikut jika ada pihak yang ingin menjual balik Jongkong Perak yang bernombor siri seperti berikut :

Pegawai-pegawai Polis

1.) 1.) Sarjan Sharudin Sayuti ( Balai Polis Presint 7, Putrajaya) – 012-6547376

2.) 2.) Sarjan Musa ( Balai Polis Presint 11, Putrajaya) – 0108913926

Nombor Siri Jongkong Perak yang dilaporkan hilang

Emas mahal, cuba silver pulak

bunga-raya

Ada di antara kawan-kawan saya yang apabila saya cuba promosi emas kepada mereka, mereka mengatakan emas mahal sangat. Jawapan saya, yup, emas memang mahal dan akan terus mahal. Jika kita tidak mampu nak beli emas sekarang, nampaknya kita susah nak beli pada masa hadapan.

Sebenarnya ada satu lagi logam yang sanagt berharga selain dari emas. Logam itu ialah perak. Semasa saya menulis arikle ini, harga emas ialah USD1700 per ounze. Tapi perak hanya berharga USD33/ounce. Anda nampak tak beza harga antara emas dan perak tu? Jauhkan. Kalau di tukar kepada ringgit, harga perak sekilo dalam RM4,000 tapi emas sekilo sudah berharga RM170,000.

Jadi jika anda mengatakan emas terlalu mahal. Anda boleh la memikirkan perak sebagai alternatif. Dan untuk pengetahuan semua kenaikan harga perak lebih tinggi dari emas untuk 10 tahun yang lepas. Kenapa? Kerana perak menjadi pilihan dalam sektor industri. Perak banyak di gunakan dalam sektor pembuatan. Jadi tidak hairan lah harga perak meningkat dengan begitu cepat.

Jika anda ingin mendapatkan produk perak, anda boleh menghubungi saya. Antara produk yang saya akan tawarkan ialah produk dari Public Silver (PS) dan Gold Silver Resources (GSR).

Pegawai rugi RM50,000, 45 jongkong perak dicuri

silverbar1kg

Berhati ye kawan2, sekarang ni memang hidup pun dah tak selamat. Kes curi dah jadi benda biasa. Kes terbaru mengenai kehilangan 45 ketul jongkong perak keluaran Public Silver.

PUTRAJAYA 25 Jan. – Seorang pegawai kerajaan kerugian lebih RM50,000 selepas rumahnya di Presint 8 di sini dipecah masuk penjenayah yang melarikan 45 jongkong perak miliknya yang disimpan dalam sebuah peti besi.

Mangsa berusia 34 tahun yang enggan dikenali memberitahu, ketika kejadian, dia bersama isteri dan dua anaknya tiada di rumah kerana bercuti ke Pulau Langkawi bermula 18 Januari lalu sehingga semalam.

Katanya, ketika pulang ke rumah tengah hari semalam, dia menyedari kediamannya itu telah dipecah masuk dan dalam keadaan berselerak.

“Saya kemudian memeriksa bilik dan mendapati peti besi yang menyimpan 45 jongkong perak itu telah hilang.

“Sebanyak 42 daripada jongkong itu masing-masing seberat 250 gram manakala tiga lagi seberat satu kilogram setiap satu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Mangsa memberitahu, dia membeli jongkong perak tersebut dari sebuah syarikat sejak Ogos lalu untuk pelaburan masa depan.

“Selain jongkong perak, saya turut membeli jongkong emas. Bagaimanapun jongkong emas tersebut disimpan di dalam bank.

“Jongkong perak murah dibeli namun nilainya tinggi jika dijual, harga pasaran bagi sekilogram perak ialah RM3,600,” katanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan polis mendapati terdapat kesan umpil di pintu rumah mangsa.

SUMBER: UTUSAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...