Promosi Hebat Jadi Dealer Public Gold

397447_503662546339304_1110300571_n

Promosi hebat jadi pengedar emas sempena tahun baru cina adalah tawaran menarik public gold dengan membeli 100g atau 500g jongkong emas dan diskaun beli jongkong perak.

Sempena perayaan tahun baru cina pada 10 februari 2013, Public gold memberikan peluang terbaik bagi pelabur emas sama ada pelabur baru emas atau pelanggan public gold untuk menjadi pengedar emas dengan hanya membeli 100g jongkong emas atau gold bar public gold dan bonus promosi pembelian 1 kg silver. Promosi hebat menjadi new dealer atau priority dealer public gold ini adalah tawaran menarik dan peluang keemasan untuk menjadi dealer public gold dengan modal yang minimum. Tawaran yang diberikan ini amat menarik kerana mudah menjadi pengedar emas dan waktu yang sesuai membeli emas iaitu pada masa harga rendah.Jangan lepaskan peluang keemasan dengan membeli 100g gold bar public gold dan anda akan dapat menjadi pengedar emas public gold,mendapat komisen 1.0%,mendapat ang pow bernilai RM100 dan mendapat percuma peti simpanan keselamatan emas public safe.Peluang terbaik menjadi pengedar emas ini dikenali Dealer Recruitment Drive (DRD) hanyalah pada bulan februari 2013 iaitu dari 1 februari 2013 hingga 28 februari 2013.

Promosi dan tawaran hebat rekrut pengedar emas baru public gold :

Dealer Recruitment Drive I:
Dengan setiap pembelian 1 unit 100gm jongkong emas Public Gold, anda berpeluang mendapat keistimewaan seperti di bawah:
1) menjadi Public Gold Authorized Dealer
2) Ang Pow bernilai RM100
3) mendapat 1.0%
4) percuma 1+1 Peti simpanan keselamatan Public Safe

Dealer Recruitment Drive II:
Dengan setiap pembelian 1 unit 500gm jongkong emas Public Gold, anda berpeluang mendapat keistimewaan seperti di bawah:
1) menjadi Public Gold Authorized Priority Dealer
2) Ang Pow bernilai RM500*
3) mendapat 1.5% kosmisyen
4) percuma 1+1 Peti simpanan keselamatan Public Safe

*Cash voucher can only be used for subsequent purchase with ! a minimum purchase of RM5000 in a single receipt. Other T&Cs printed on the voucher applies.

Bonus promosi: Purchase-with-Purchase (PWP)

Pembelian Public Silver 1kg Jongkong perak dengan diskaun segera RM50 berdasarkan harga langsung yang ditunjukkan di laman web rasmi Public Gold.Terhad untuk 188KGs yang pertama sahaja.

Promosi pada bulan Februari ini dari 1 Februari 2013 – 28 Februari 2013

Jangan lepaskan peluang hebat ini dengan mendapat gelaran pengedar emas public gold dan berniaga emas public gold.Inilah masa mengubah kehidupan dan peluang menambah pendapatan melalui syarikat pelaburan emas terbaik Malaysia.Pengedar emas public gold akan mendapat banyak kelebihan dan keuntungan seperti sambil melabur emas dapat meniaga emas dan menjana keuntungan sampingan.

Promosi hebat menjadi pengedar emas dengan tawaran yang menarik dan masa yang sesuai membeli emas pada harga emas rendah tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Rebut peluang terbaik ini kerana inilah cara menjana kekayaan,cara dapat wang tambahan dan masa terbaik menceburi pelaburan emas. Klik link ke WEBSITE PUBLIC GOLD LIHAT HARGA EMAS SEMASA DAFTAR PERCUMA DAN KUNCI HARGA BELI 100g JONGKONG EMAS untuk menjadi pengedar emas iaitu klik login,register pada web public gold tersebut dan seterusnya dapat kunci harga beli emas sendiri. Selepas daftar, klik login, placed order, pilih jenis emas dan tulis bilangan emas dikehendaki dan submit…

Beli emas atau kunci harga beli emas sekarang,bayaran selewatnya 3 hari, bila sudah bayar terus dapat emas yang dibeli di CAWANGAN PUBLIC GOLD berdekatan anda atau hantar nama penuh, nombor kad pengenalan,nombor telefon,alamat tempat tinggal,alamat emel, nombor akaun public atau maybank,jenis emas mahu dibeli dan cawangan public gold terdekat anda untuk saya kunci harga emas kepada anda ke 012-9503877 ( Fariz ) atau walk in atau terus ke cawangan public gold berdekatan anda untuk beli emas atau jadi pengedar emas,beritahu/tuliskan nama introducer : Mohamad Fariz Bin Mohamad Kamis, no kod introducer : PG003419.

Tai Fook Series Gold Bar dari Public Gold

tai-fook-collection

Public Gold dengan bangganya mempersembahkan rekaan hebat jongkong emas terbaru yang diberi nama siri “Tai Fook”

“Tai Fook” bermaksud “Great Prosperity” merupakan tema untuk rekaan terbaru ini dan pada setiap bahagian belakang jongkong “Tai Fook” ini tertera ukiran 3D gambar naga yang unik.

Siri “Tai Fook” merupakan jongkong emas berketulenan 999.9 dan mempunyai 3 saiz yang berbeza dengan berat setiap satunya adalah 20g, 50g, dan 100g.

Dikhususkan bagi masyarakat Cina, siri “Tai Fook” amat sesuai dijadikan hadiah sebagai hantaran perkahwinan, hadiah hari jadi mereka yang lebih tua, kesyukuran dan apa sahaja acara bagi meluahkan tanda penghargaan kepada insan yang bermakna dalam hidup seseorang.

Khusus buat masyarakat Cina, saya pamerkan print ad siri “Tai Fook” ini untuk anda

 

Pelabur emas mesti ikut nasihat pakar

pix_gal0

Sering kali di ingatkan kepada pelabur-pelabur emas supaya mendapat nasihat daripada pakar-pakar pelaburan sebelum membuat sebarang pelaburan emas. Ini dapat mengelakkan kekecewaan seperti mana yang berlaku kebelakangan ini apabila beberapa syarikat yang pelaburan emas di serbu pihak Bank Negara Malaysia.

Pelabur emas mesti ikut nasihat pakar

Kuala Lumpur: Public Gold Group Sdn Bhd yang menyasar disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang 2014, mengingatkan pelabur emas membuat pelaburan berasaskan maklumat supaya tidak terperangkap dengan skim pelaburan palsu.

Syarikat penempa, penulen dan dagangan jongkong emas serta perak itu berharap orang ramai dan pembeli emas tahu logam itu sebenarnya lebih terarah sebagai instrumen pelindung nilai daripada inflasi, justeru bukannya kelas aset pemberi pulangan.

Sehubungan itu, pelabur dan orang ramai yang mahu membeli emas sebagai alat pelindung nilai perlu mendapat maklumat menyeluruh daripada pihak yang pakar dalam bidang itu sebelum membuat keputusan pembelian.

Pengerusi Eksekutif Public Gold Group, Datuk Louis Ng, berkata ramai pembeli terperangkap dengan modus operandi sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan pulangan segera tidak munasabah daripada pembelian emas.

Syarikat skim pelaburan emas menjual emas jauh lebih tinggi daripada harga pasaran sebenar di samping menjanjikan peratus pulangan tertentu setiap bulan.

Kumpulan itu juga biasanya menetapkan harga dan tempoh belian balik tertentu mengikut kontrak, di samping beroperasi menggunakan model Skim Ponzi, katanya dalam satu pertemuan dengan BH di sini.

Ng berkata, syarikat pelaburan emas yang tulen tidak mengemukakan tawaran sedemikian, sebaliknya berurusniaga mengikut harga semasa di pasaran antarabangsa.
Pembeli perlu mendapat maklumat semasa yang boleh diperoleh daripada pelbagai sumber tulen sebelum membuat keputusan mendapatkan emas (untuk pelaburan), katanya.

Beliau mengulas mengenai ramai kalangan pelabur yang terperangkap dengan pelaburan emas apabila pihak berkuasa menyerbu dan membekukan aset beberapa syarikat pengendali dipercayai beroperasi seperti skim cepat kaya.

Awal bulan ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dilaporkan berkata, Bank Negara mengesan 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion dalam sebuah syarikat pelaburan jongkong emas.

Bank Negara Malaysia dalam kenyataannya pada awal Oktober lalu memberitahu membekukan aset dan akaun yang disita hasil serbuan dilakukan terhadap empat syarikat yang menawarkan skim pelaburan jongkong emas iaitu Genneva Malaysia Sdn Bhd, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd.

Public Gold ialah antara syarikat yang bergiat dalam perniagaan emas dengan kegiatan terasnya termasuk menempa dan menulen emas.

Ia juga menawarkan perkhidmatan dagangan dan tukaran emas serta menyediakan kemudahan simpanan selamat kepada pelanggan.

Syarikat itu yang beribu pejabat di Pulau Pinang, menerusi anak syarikatnya, Public Gold Marketing Sdn Bhd akhir bulan lalu dikeluarkan daripada senarai Peringatan Pengguna Bank Negara Malaysia selepas model perniagaannya didapati tulen serta tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna.

Mengulas lanjut, Ng berkata, operasi perniagaan Public Gold hanyalah semata-mata dagangan jongkong emas dan perak bagi tujuan simpanan kekayaan.

Sejak ditubuhkan pada 2008, Public Gold komited menawarkan pelan simpanan emas fizikal yang selamat untuk masa depan.

Public Gold mengamalkan model perniagaan telus di mana kami hanya membeli dan menjual jongkong emas dan perak tanpa memberikan tawaran tidak realistik kepada pelanggan, katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

“Triple” Promosi Hebat di Bulan September dari Public Gold

dinar

Salam Sejahtera,

Kepada semua pelanggan yang dihargai,

“Triple” Promosi Hebat di Bulan September Ini

Promosi 1: Malaysia Day 916 Special

Dengan setiap pembelian Public Gold 916 Dinar atau i-Series bernilai RM10,000 dan ke atas dalam satu transaksi, anda akan mendapat RM100.00 baucer tunai untuk pembelian seterusnya.Terhad kepada 200 baucer tunai sahaja.Rebutlah peluang ini sebelum terlambat.

Promosi 2 : Double Counting untuk Sales Incentive Program

Dengan setiap pembelian RM1.00 produk Public Gold, anda akan mendapat Public Gold Leadership Seminar sales bernilai RM2.00. “Double counting” ini hanya sah dari 1st September -30th September 2012 sahaja. Jangan lepaskan ! peluang keemasan ini.

Promosi 3 : Bonanza Perak Kini Kembali

Setiap pembelian berjumlah 1 kg Public Gold Jongkong Perak dalam satu transaksi, anda akan mendapat RM50.00 baucer tunai untuk transaksi yang seterusnya.Terhad kepada 200kg Jongkong Perak sahaja.Rebutlah peluang keemasan ini.
Anda boleh memilih mana-mana Public Gold Jongkong Perak kecuali 10 Dirham Public Gold untuk promosi ini.

*Sila rujuk terma dan syarat yang dilampirkan dalam emel ini.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 04-6439999 atau emel kepada enquiry@publicgold.com.my

Sekian, terima kasih.

Bahagian Pengurusan Pemasaran
Public Gold Marketing Sdn Bhd.

Menangi Dinar Dan Dirham

july_2012_promotion_contest_hari_raya

Ini peluang yang baik kepada mereka-mereka yang pandai mencipta slogan. Public Gold sedang menjalankan pertandingan mencipta slogan “Mengapa anda suka emas” bermula dari 1 Julai 2012 hingga 31 August 2012.

Hadiah-hadiah merupakan Dinar dan Dirham keluaran Public Dinar. Maklumat berkaitan dengan pertandingan ini boleh di baca disini.

Jangan beli Jongkong Perak Public Gold?

PublicGoldSilverCollection

Alamak.. apasal plak tak boleh beli jongkong perak ni? Bukan saya tak bagi beli jongkong perak, cuma jangan beli yang bernombor siri seperti di bawah ni. Ini kerana jongkong-jongkong perak ini telah di curi seperti artikle saya di link bawah ini.

Pegawai rugi RM50,000, 45 jongkong perak dicuri

Kalau nak beli, beli je dengan saya. Saya akan dapatkan Jongkong Perak keluaran Public Silver direct dari company.

Semalam saya dapat email dari public gold. Mari saya tunjukkan email dari Public Gold.

Makluman kepada para pengedar sekalian, anda dinasihati supaya lebih berhati-hati semasa membeli balik jongkong-jongkong Perak yang telah dilaporkan hilang. Laporan Polis bernombor PRESINT 7/000762/12 telah dibuat atas kehilangan 42 ketul Jongkong Perak Public Silver 250g dan 3 ketul Jongkong Perak Public Silver 1kilogram. Dimaklumkan juga bahawa pihak Public Gold tidak akan membeli balik jongkong-jongkong Perak tersebut kerana ianya telah diklasifikasikan sebagai barangan curian. Para pengedar sekalian diminta menghubungi pegawai-pegawai polis berikut jika ada pihak yang ingin menjual balik Jongkong Perak yang bernombor siri seperti berikut :

Pegawai-pegawai Polis

1.) 1.) Sarjan Sharudin Sayuti ( Balai Polis Presint 7, Putrajaya) – 012-6547376

2.) 2.) Sarjan Musa ( Balai Polis Presint 11, Putrajaya) – 0108913926

Nombor Siri Jongkong Perak yang dilaporkan hilang

Emas mahal, cuba silver pulak

bunga-raya

Ada di antara kawan-kawan saya yang apabila saya cuba promosi emas kepada mereka, mereka mengatakan emas mahal sangat. Jawapan saya, yup, emas memang mahal dan akan terus mahal. Jika kita tidak mampu nak beli emas sekarang, nampaknya kita susah nak beli pada masa hadapan.

Sebenarnya ada satu lagi logam yang sanagt berharga selain dari emas. Logam itu ialah perak. Semasa saya menulis arikle ini, harga emas ialah USD1700 per ounze. Tapi perak hanya berharga USD33/ounce. Anda nampak tak beza harga antara emas dan perak tu? Jauhkan. Kalau di tukar kepada ringgit, harga perak sekilo dalam RM4,000 tapi emas sekilo sudah berharga RM170,000.

Jadi jika anda mengatakan emas terlalu mahal. Anda boleh la memikirkan perak sebagai alternatif. Dan untuk pengetahuan semua kenaikan harga perak lebih tinggi dari emas untuk 10 tahun yang lepas. Kenapa? Kerana perak menjadi pilihan dalam sektor industri. Perak banyak di gunakan dalam sektor pembuatan. Jadi tidak hairan lah harga perak meningkat dengan begitu cepat.

Jika anda ingin mendapatkan produk perak, anda boleh menghubungi saya. Antara produk yang saya akan tawarkan ialah produk dari Public Silver (PS) dan Gold Silver Resources (GSR).

Bayar Ansuran Kereta Dengan Emas

kereta salut emas

kereta salut emas

Pernah sekali saya update status FB saya mengenai bayar ansuran kereta dengan emas. Selepas pada itu ramai yang bertanya saya bagaimana nak buat. So, posting kali ni saya ceritakan basic bayar kereta dengan emas.

Langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah membeli emas berharga sama dengan ansuran bulanan kereta anda. Contoh, jika ansuran bulanan kereta anda ialah RM1,000, anda perlu beli emas dengan harga RM1,000. Jika harga emas RM200 per gram, anda akan dapat 5 gram emas.

Satu lagi yang anda perlu ambil perhatian, emas yang hendak di beli adalah yang boleh di pajak di Arrahnu. Di sini saya cadangkan emas keluaran Public Gold iaitu i-series atau pun barang kemas keluaran Sinar Gold atau Lite Gold. Setelah anda membeli emas tersebut, anda perlu bawak emas tersebut dan pajakkan emas tersebut di Arrahnu berhampiran. Dapatkan pinjaman 50% dari nilai emas tersebut.

Setelah anda dapatkan wang pinjaman, anda perlu tambah wang anda sendiri untuk membayar ansuran kereta. Jadi disini anda akan tambah lagi RM500 untuk membayar pinjaman tersebut. Anda perlu lakukan seperti ini sehingga habis ansuran kereta anda. Cuma pada bulan ke-enam, anda perlu tebus dulu emas yang anda pajak pada bulan pertama, pajak semula dengan nilai pajakan 60%. Kemudian barulah anda bayar kereta anda dengan menambah RM400 kepada duit pinjaman yang anda dapat tadi.

Jadi, bayangkan jika setiap bulan anda beli emas sebanyak 5 gram, 5 tahun sudah tentu anda sudah ada 300 gram ataupun emas anda bernilai RM60,000. Tu kalau harga emas tak bergerak la. Mustahilkan? Mungkin pada masa tu kereta ada sudah pun tersusut nilainya. Jadi sebenarnya anda sudah cover susutnilai tu dengan kenaikan harga emas.

Ok. Penerangan saya ni mungkin ramai yang tak faham. Maklumlah bercerita dalam karangan memang susah nak faham. Kalau one to one boleh gak saya explain detail. Kalau berminat nak tahu lebih lanjut lagi anda semua boleh la pergi ke seminar-seminar anjuran Bizmambau berdekatan dengan tempat anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...