Mungkin ramai di antara anda seperti saya juga ingin tahu betulkah pingat emas di Olimpik adalah di buat dari emas tulen atau tidak. Setelah bertanya kepada encik Google inilah jawapan yang saya dapat. Mari kita saksikan
Untuk sukan Olimpik di London pada 2012 ini Pingat emas mengandungi 93% silver, 6% tempaga dan emas hanyalah 1% atau dalam gram hanyalah 6 gram emas. Untuk perak pula ianya mengandungi 92% silver dan 8% tembaga. Mankala Gangsa pula dibuat daripada 97% tembaga, 2.5% zink dan 0.5% timah.
Jika dilihat dari segi value pula, rasanya harga sekarang pingat emas tu hanyalah dalam RM2500. Dan jika value inilah yang menjadi buruan semua atlit seluruh dunia sudah pasti ramai yang tidak mahu menyertai olimpik. Tetapi mereka memburu emas bukan sekadar untuk mendapat emas, emas yang di cari adalah dari segi kemashuran menjadi yang terbaik dari kalangan yang terbaik dari seluruh dunia.











