Ramai di antara kita yang sering merungut gaji mereka tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian. Ada yang belum cukup bulan duit dah kering. Lebih-lebih lagi dalam keadaaan sekarang bila mana harga barang naik dengan begitu cepat sekali.
Buat pengetahuan pembaca sekalian, saya masih lagi bekerja makan gaji dan masih mampu untuk menjana pendapatan sampingan melalui beberapa perniagaan secara part time termasuk perniagaan emas ni. Walaupun saya rasa gaji saya cukup untuk menampung saya sekeluarga, tetapi kenapa saya masih lagi jalankan bisnes sambil makan gaji ni?
Tambah pendapatan
Walaupun saya rasa gaji saya cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan keluarga saya, saya rasa dengan berniaga emas atau apa sahaja bisnes lain saya dapat menambah pendapatan saya dan ianya boleh di gunakan untuk simpanan saya dan boleh digunakan pada masa hadapan bila mana ia diperlukan. Teringat saya semasa saya pergi ke satu seminar hartanah pada tahun 2011, speaker tersebut banyak kali mengingatkan peserta agar membuat kerja sampingan di luar waktu pejabat untuk menambah pendapatan. Dan salah seorang dari peserta seminar yang merupakan seorang doktor kerajaan juga menceritakan bagaimana dia bekerja part time di sebuah klinik swasta untuk menambah pendapatan dan akhirnya dia berjaya membeli rumah yang berada di luar kemampuannya jika hanya bekerja sebagai doktor kerajaan.
Bisnes emas yang saya cadangkan iaitu Public Gold dan GSR juga memberi peluang kepada orang-orang yang bekerja makan gaji untuk menambah pendapatan melalui perniagaan secara part time. Dengan menjadi dealer kepada syarikat emas ini anda berpeluang menambah pendapatan melalui pemberian komisyen atas jualan peribadi dan juga jualan kumpulan.
Membeli aset tambahan
Jika hanya mengharapkan gaji yang ada, saya hanya mampu untuk membeli kenderaan dan rumah untuk saya sekeluarga duduk sahaja. Tetapi dengan adanya pernigaan emas ni, saya mampu untuk membeli beberapa lagi unit rumah yang saya telah sewakan dan di jadikan homestay. Dan saya percaya itulah yang dilakukan oleh seorang jutawan yang sangat terkenal di Malaysia iaitu saudara Azizi Ali yang memiliki perniagaan hartanahnya sendiri dan syarikat penerbitan buku walaupun dia masih lagi seorang juruterbang sehingga sekarang.
Dengan berniaga emas, stok yang anda simpan dan kumpul juga boleh di jual dan ditukarkan kepada aset seperti rumah apabila anda sudah bersedia untuk membeli aset tersebut.
Saya sekali lagi ingin mengajak pembaca-pembaca semua yang masih lagi makan gaji dan tidak melakukan sebarang part time bertindak sekarang untuk menambahkan pendapatan anda dan seterusnya mengukuhkan lagi ekonomi keluarga. Tetapi harus diingatkan, anda haruslah merancang dengan betul supaya perniagaan yang diusahakan secara pasrt time itu tidak mengganggu waktu kerja anda.
















