Berapa berat emas dalam pingat Emas Olimpik?

display_image

Mungkin ramai di antara anda seperti saya juga ingin tahu betulkah pingat emas di Olimpik adalah di buat dari emas tulen atau tidak. Setelah bertanya kepada encik Google inilah jawapan yang saya dapat. Mari kita saksikan

Untuk sukan Olimpik di London pada 2012 ini Pingat emas mengandungi 93% silver, 6% tempaga dan emas hanyalah 1% atau dalam gram hanyalah 6 gram emas. Untuk perak pula ianya mengandungi 92% silver dan 8% tembaga. Mankala Gangsa pula dibuat daripada 97% tembaga, 2.5% zink dan 0.5% timah.

Jika dilihat dari segi value pula, rasanya harga sekarang pingat emas tu hanyalah dalam RM2500. Dan jika value inilah yang menjadi buruan semua atlit seluruh dunia sudah pasti ramai yang tidak mahu menyertai olimpik. Tetapi mereka memburu emas bukan sekadar untuk mendapat emas, emas yang di cari adalah dari segi kemashuran menjadi yang terbaik dari kalangan yang terbaik dari seluruh dunia.

 

Kenaikan Harga Silver 24% dalam 2 bulan?

hornbill-GSR-624x416

Sebelum ini saya pernah masukkan artikel mengenai Kenapa Silver? Dalam artikel tersebut ada di tulis beberapa faktor yang perlu kita tahu mengenai kelebihan pelaburan silver.

Jadi persoalan yang saya nak utarakan malam ini ialah berapa kenaikan silver sepanjang 2012?. Cuba anda perhatikan graf dari Kitco di bawah. Jika di perhatikan, harga silver pada 1/1 ialah pada USD28.78/oz. Dan pada malam ini 28/2/2012, disaat saya menulis ni, harga silver telah berada pada harga USD35.90/oz. Ha, dan tekan calculator? jawapannya ialah kenaikan silver pada tahun ini ialah sebanyak USD7.12/oz atau dalam percentagenya ialah sebanyak 24.74%.

Wow! Banyakkan? Kalau anda melabur RM100k dalam silver pada 1/1 hari tu, anda sudah tersenyum kerana profit anda mencecah RM24k hanya dalam masa 2 bulan. Yup.. 2 bulan sahaja anda sudah bergaji RM12k sebulan.

Saya tahu ramai di luar sana yang tidak berapa berminat dengan silver jika di bandingkan dengan emas. Tapi saya percaya, ramai yang sudah buka mata untuk memiliki silver. Kerana Silver merupakan pelaburan yang mampu milik jika di bandingkan dengan emas. Mungkin selepas tengok graf di atas, anda akan order silver dengan saya.

Jika ingin membeli silver, anda boleh mulakan dengan membeli silver 1 ounce keluaran GSR. Antara produknya yang baru dilancarkan ialah 1 oz Rhinoceros Hornbill 2012 Silver Coin seperti gambar di bawah ni.

Emas mahal, cuba silver pulak

bunga-raya

Ada di antara kawan-kawan saya yang apabila saya cuba promosi emas kepada mereka, mereka mengatakan emas mahal sangat. Jawapan saya, yup, emas memang mahal dan akan terus mahal. Jika kita tidak mampu nak beli emas sekarang, nampaknya kita susah nak beli pada masa hadapan.

Sebenarnya ada satu lagi logam yang sanagt berharga selain dari emas. Logam itu ialah perak. Semasa saya menulis arikle ini, harga emas ialah USD1700 per ounze. Tapi perak hanya berharga USD33/ounce. Anda nampak tak beza harga antara emas dan perak tu? Jauhkan. Kalau di tukar kepada ringgit, harga perak sekilo dalam RM4,000 tapi emas sekilo sudah berharga RM170,000.

Jadi jika anda mengatakan emas terlalu mahal. Anda boleh la memikirkan perak sebagai alternatif. Dan untuk pengetahuan semua kenaikan harga perak lebih tinggi dari emas untuk 10 tahun yang lepas. Kenapa? Kerana perak menjadi pilihan dalam sektor industri. Perak banyak di gunakan dalam sektor pembuatan. Jadi tidak hairan lah harga perak meningkat dengan begitu cepat.

Jika anda ingin mendapatkan produk perak, anda boleh menghubungi saya. Antara produk yang saya akan tawarkan ialah produk dari Public Silver (PS) dan Gold Silver Resources (GSR).

Kenapa Silver?

GSR-product

Bullion adalah komoditi asas yang diniagakan di pasaran logam berharga. Dengan menambah logam berharga secara umum, dan perak khususnya, kepada portfolio saham, bon dan dana bersama, pelabur akan memperkenalkan satu aset yang ketara atau sebenar kepada campuran aset. Ini meningkatkan tahap kepelbagaian dan melindungi portfolio terhadap turun naik nilai apa-apa jenis salah satu aset.

Kuasa Ekonomi

Kuasa-kuasa ekonomi yang memberi kesan kepada harga logam berharga adalah berbeza, dan sering menentang kuasa-kuasa yang menentukan harga kebanyakkan aset kewangan. Pergerakan bebas daripada logam berharga kepada aset kewangan lain boleh mengurangkan turun naik portfolio secara keseluruhan dan menyumbang kepada keseimbangan pasaran.

Perlindungan Terhadap Susutnilai Mata Wang

Kuasa beli kebanyakkan mata wang telah terus merosot dari masa ke semasa dan dijangka terus bersifat demikian. Logam berharga dilihat boleh berupaya menjadi “pelindung nilai terhadap inflasi “. Sebagai contoh, antara 2000 dan 2010, kebanyakan mata wang kehilangan kira-kira 50% daripada nilainya, manakala harga perak meningkat hampir 300%. Ekonomi berubah-ubah antara inflasi, kemelesetan ekonomi dan pengembangan, logam berharga pelaburan membantu mempelbagai dan mengurangkan risiko keseluruhan.

Peruntukan Aset

Sama ada anda adalah konservatif atau agresif dalam pendekatan pelaburan anda, logam berharga boleh mewakili satu bahagian penting daripada peruntukan aset anda. Beberapa pakar mencadangkan bahawa 10-15% daripada portfolio aset dalam logam berharga. Tidak kira tahap risiko pelabur berhasrat untuk mengambil, portfolio setiap keperluan asas yang selamat.

Mudah dimiliki

Bagi pelabur yang ingin memiliki secara langsung aset mereka, membeli fizikal adalah lebih baik. Memiliki aset fizikal adalah mudah dan selesa, dan komisen untuk membeli dan menjual adalah minimum.

Perak murah

Jongkong Perak (Silver Bar) adalah cara yang paling murah untuk memiliki perak. Ia boleh ditukar dengan mudah kepada wang tunai, harga secara pasaran dan mudah diniagakan di serata dunia. Duit syiling silver diniagakan agak murah. Oleh kerana saiz unit yang lebih kecil mereka, ia mampu dimiliki dan mudah ditukar kepada tunai.

Permintaan Industri

Perak, lebih daripada logam berharga yang lain, mempunyai permintaan yang signifikan yang berakar umbi dalam sektor-sektor yang pelbagai sebagai pengimejan, elektronik, barang kemas, duit syiling, superconductivity dan pembersihan air. Atas sebab ini, perak tidak lagi dikenali hanya  sebagai logam berharga, penyimpan nilai, kerja seni atau logam industri. Ia adalah semua ini. Perak hari ini sangat diperlukan, ia bekerja di sekeliling kita untuk meningkatkan kualiti kehidupan kita.

Berminat untuk dapatkan silver GSR atau Publig Gold? Hubungi sahaja saya Fariz 012-9503877 atau rangkaian Jongkong Emas Trading

JongkongEmas.com jual emas dan perak GSR

GSR-LOGO

Hari ni Jongkong Emas Trading telah menghantar permohonan untuk menjadi dealer untuk sebuah syarikat jual beli emas dan perak iaitu Gold Silver Resources Sdn Bhd (GSR). Tak tau la permohonan tu lulus ke tak. Masih belum dapat berita.

Serba sedikit mengenai GSR. GOLD SILVER RESOURCES SDN. BHD (GSR) adalah sebuah syarikat swasta yang ditubuhkan pada 16 November 2011. Perniagaan utama GSR adalah tertumpu kepada perniagaan logam berharga seperti emas dan perak. GSR juga menawarkan pembelian balik bagi emas dan perak lama pada harga yang menarik.

Perkhidmatan GSR boleh didapati melalui pembelian dalam talian atau melalui rangkaian kami para peniaga di seluruh negara.

Produk-produk GSR ditawarkan di Malaysia dalam pelbagai pusingan perak dan bar emas selaras dengan permintaan pasaran semasa.

Produk: PERAK SYILING & BAR

1 troy oz minted Silver coin and bar
100 grams
250 grams
500 grams
1000 grams of casting

Product : GOLD
Jewellery : 916 & 999
Dinar
Gold Bar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...