Labur emas mengikut syariah

459995_362071660495854_100000790700600_901450_1148965064_o

EMAS pada sepanjang zaman dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan. Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang baik.

Teks al-Quran dan hadis banyak menjelaskan kepentingan emas dalam kehidupan manusia. Emas dirujuk sebagai mata wang dinar dalam firman-Nya: Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. (ali-’Imran: 75)

Selain digambarkan sebagai harta kekayaan dalam surah ali-’Imran: 14 dan 91, al-Nisa’: 20, al-Taubah: 34, al-Zukhruf:33-35, al-Quran juga mendedahkan emas akan kekal sebagai barang berharga sehingga hari akhirat seperti dalam surah al-Israk: 93, al-Kahfi: 31, al-Hajj: 23, al-Faathir:33, al-Zukhruf: 53, al-Zukhruf: 71 dan al-Insan: 21.

Selain dijadikan barang kemas, emas juga menyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak hilang nilainya. Malah, nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Ini dibuktikan dengan kenaikan harga emas daripada RM1,740.65/per aun kepada RM5,890.93/per aun, iaitu kenaikan sebanyak 238 peratus harga emas dalam tempoh lima tahun (2006 hingga 2011) atau secara purata kenaikan setahun adalah 48 peratus.

Kebenaran emas sebagai penyimpan nilai yang stabil boleh disaksikan melalui nilainya yang hampir sama sejak zaman Rasulullah SAW hingga sekarang.

Dalam sebuah hadis daripada Syahib bin Garqadah berkata: Saya mendengar penduduk bercerita tentang ‘Urwah, bahawa Nabi SAW memberikan wang satu dinar kepadanya agar dibeli seekor kambing untuk beliau, lalu dengan wang satu dinar tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu dinar. Ia pulang membawa satu dinar dan satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya ‘Urwah membeli tanah pun, ia pasti beruntung. (riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menjelaskan harga seekor kambing pada zaman Rasulullah SAW lebih kurang satu dinar. Agak menarik, kestabilan harga emas terbukti dengan harga seekor kambing pada zaman kini juga lebih kurang RM750 atau satu dinar (bersamaan nilaian 4.25 gram emas).

Namun, akibat pelbagai hambatan ekonomi dunia fungsi dinar emas kini telah berubah kepada suatu komoditi yang diniagakan.

Perubahan landskap ekonomi dunia juga menimbulkan keghairahan di kalangan umat Islam di negara kita untuk melakukan urus niaga terhadap emas dalam bentuk pelaburan sama ada bentuk fizikal seperti siling, jongkong, barang kemas atau dalam bentuk akaun pelaburan emas.

Situasi ini menyebabkan kadang-kadang menyebabkan masyarakat yang lupa batas-batas syariah berkaitan urus niaga emas, terutama terjebak dengan amalan riba yang haram dan dikutuk dalam Islam, tidak memenuhi syarat kontrak dan sebagainya.

Mengikut muamalat Islam, urusniaga jual beli emas adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf, iaitu jual beli mata wang. Maksudnya, kita membeli atau menjual emas dengan menggunakan mata wang seperti ringgit atau dolar.

Secara umum, urus niaga emas hendaklah memenuhi syarat utama kontrak al-Sarf yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam riwayat oleh ‘Ubadah bin al-Samit: Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika berlainan jenis, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad).

Hadis ini menjelaskan syarat transaksi emas dengan mata wang iaitu:

n Serahan (qabd) barangan emas dan harga berlaku antara penjual dan pembeli (atau wakilnya) dalam majlis akad sebelum berpisah. Serahan emas oleh penjual boleh berlaku dalam bentuk hakiki (serahan fizikal emas) atau secara hukmi (penguasaan dan kemampuan mengendali/tasarruf ke atas emas oleh pembeli).

Serahan harga oleh pembeli pula boleh berlaku melalui pembayaran tunai, cek, kad debit atau kad kredit. Serahan ini mestilah berlaku dalam satu majlis akad antara penjual dan pembeli (atau wakil) sama ada melalui pertemuan fizikal, khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon atau emel.

n Serahan barangan emas dan harga hendaklah berlaku secara on the spot tanpa ada sebarang tempoh penangguhan masa. Justeru, pembelian emas secara bayaran ansuran atau hutang tidak dibenarkan syarak.

Walaupun begitu, kontrak jual beli emas yang melibatkan pembayaran cek atau pemindahan wang yang memerlukan tempoh matang seperti tiga hari bekerja dianggap masih belum berlaku akad tersebut hinggalah penjual mendapat bayarannya.

Apabila mendapat bayaran, kontrak akan berlaku dan penjual hendaklah menyerahkan emas kepada pembeli serta merta.

Suatu perkara yang penting dalam jual beli emas adalah berkaitan lock price (kunci harga), iaitu pembeli meletakkan perjanjian (wa’d) untuk membeli atau menjual pada harga tertentu.

Maksudnya, walaupun harga emas naik atau turun, pembeli dapat membelinya dengan harga yang telah dikunci tersebut.

Berhubung dengan perkara ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah memberikan panduan seperti berikut:

Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini adalah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu.

Perjanjian pembelian ini dinamakan ‘kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

Selain itu, terdapat beberapa syarat-syarat lain terutama tentang fizikal emas dan harga yang mesti diambil berat oleh pelabur-pelabur emas, antaranya :

l Emas hendaklah wujud, dimiliki penuh oleh penjual dan boleh diserahkan kepada pembeli sekurang-kurangnya dalam tempoh uruf (kebiasaan);

l Emas hendaklah diketahui sifat fizikal, timbangan berat dan ketulenannya sama ada melihat sendiri fizikalnya atau melalui contoh pesanan.

l Nilai harga emas hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh penjual dan pembeli.

l Kontrak jual beli hendaklah dilakukan atas dasar persetujuan dan keredaan, tanpa wujudnya sebarang paksaan, tipu helah atau sebarang penyembunyian keaiban.

Akhirnya, perlu diingatkan bahawa umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan.

Jika terlibat dalam pelaburan emas yang menjanjikan bahagian sementara. Seharusnya kita tidak terjebak dengan amalan yang dilarang syarak seperti riba, perjudian, spekulasi, penipuan dan sebagainya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0202&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm#ixzz2K55n9oTP
© Utusan Melayu (M) Bhd

Soal Lazim Berhubung Skim Kewangan Haram Menggunakan Emas

emas-gold

S: Mengapakah pihak berkuasa membuat serbuan ke atas syarikat-syarikat tersebut?

J: Serbuan dibuat bagi melindungi kepentingan para pelabur daripada melaburkan lebih banyak wang dalam skim yang berisiko, dan juga untukmelindungi kepentingan orang ramai. Syarikat yang terbabit sedang dalam siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan, termasuk mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelakkan cukai, memberikan maklumat palsu termasuk pernyataan yang salah, melantik ejen tanpa lesen dan gagal mengemukakan dokumen berkanun.

S: Mengapakah timbul kebimbangan terhadap model perniagaan syarikat-syarikat tersebut?

J: Kebimbangan ini timbul kerana syarikat-syarikat tersebut dipercayai menjalankan skim yang tidak dapat bertahan lama. Syarikat-syarikat tersebut menjanjikan pelabur pulangan bulanan yang lumayan dan jaminan belian balik emas. Skim tersebut bukan dibiayai oleh jual beli emas yang sebenar, sebaliknya dibiayai dengan menggunakan wang yang baru dilaburkan dalam skim ini. Jumlah aset dan wang yang ada pada syarikatsyarikat ini biasanya tidak sepadan dengan jumlah yang dikumpulkan daripada para pelabur.

S: Mengapakah pihak berkuasa hanya mengambil tindakan sekarang?

J: Sebarang tindakan penguatkuasaan hanya boleh diambil setelah didapati terdapat sebab-sebab yang boleh dipercayai bahawa sesuatu kesalahan telah dibuat. Ini bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan yang terburu-buru atau melulu yang mungkin boleh menjejaskan perniagaan yang sah.

S: Apakah status tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa?

J: Siasatan masih lagi berjalan. Orang ramai akan dimaklumkan oleh pihak berkuasa mengenai status terkini siasatan dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihati supaya merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh agensi penguat kuasa undang-undang sahaja untuk sebarang maklumat terkini kes-kes ini.

S: Berapa lamakah tempoh siasatan?

J: Tempoh siasatan akan bergantung pada tahap kompleksiti dan keseriusan kes. Tahap kompleksiti telah meningkat disebabkan oleh dimensi antarabangsa kes-kes tersebut.

Kerjasama daripada pihak yang terbabit akan membantu proses siasatan. Siasatan ini diberi keutamaan yang tinggi dan semua sumber yang perlu telah digembleng oleh agensi penguat kuasa yang berkenaan untuk mempercepat siasatan.

 S: Mengapakah aset dibekukan dan dirampas?

J: Berhubung dengan kes skim kewangan haram yang disyaki, pihak berkuasa boleh menjalankan operasi mencari dan merampas bagi mendapatkan bukti dan untuk mengelakkan syarikat daripada menyembunyikan atau memusnahkan bahan bukti. Ini juga menghalang aset daripada lesap kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada pelabur.

 Di bawah seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA), agensiagensi penguatkuasaan undang-undang diberikan kuasa untuk membekukan apa-apa aset apabila disyaki bahawa suatu kesalahan pengubahan wang haram telah dilakukan.

S: Apakah yang akan terjadi kepada aset dan emas yang dirampas?

J: Aset yang dirampas semasa serbuan dibuat akan didokumenkan dengan teliti dan diambil kira serta disimpan di tempat yang selamat. Sekiranya terdapat prosiding jenayah, aset tersebut hanya boleh diuruskan atas perintah Mahkamah.

S: Bolehkah pelabur yang terbabit menuntut kembali wang atau emas mereka daripada aset yang dirampas?

J: Aset yang dirampas semasa siasatan dijalankan hanya boleh diuruskan atas perintah Mahkamah. Pelabur mungkin boleh memfailkan kepada Mahkamah tuntutan pihak ketiga bagi pemulangan wang atau emas mereka. Maklumat tentang sama ada dan bagaimana untuk memfailkan sesuatu tuntutan akan diberitahu apabila prosiding mahkamah selesai.

 S: Apakah nasihat kepada orang ramai yang ingin melabur?

J: Orang ramai dinasihati supaya sentiasa berhatihati terhadap skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang kelihatan rendah, dengan memberikan jaminan bahawa jumlah pokok yang dilaburkan akan dipulangkan. Orang ramai juga dinasihati supaya merujuk kepada agensi yang berkenaan apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menawarkan peluang perniagaan atau perkhidmatan kewangan yang kelihatan menarik tetapi tidak diberikan lesen oleh pihak berkuasa. Sebagai panduan, orang ramai digalakkan mengambil perhatian terhadap perkara berikut apabila menilai sesuatu skim pelaburan:

• Ingatlah – sekiranya skim tersebut adalah indah khabar dari rupa, berkemungkinan besar skim tersebut adalah skim palsu;

• Berwaspada dengan skim Ponzi. Ia merupakan skim pelaburan yang berunsur penipuan apabila pengendalinya mengambil wang daripada pelabur baharu untuk membayar kepada pelabur awal atau sedia ada. Akhirnya, akan sampai satu peringkat apabila jumlah pelabur baharu tidak mencukupi untuk menyokong skim ini, dan seterusnya keseluruhan skim mengalami kegagalan;

• Berurusan hanya dengan institusi kewangan berlesen dan peniaga yang sah;

• Rujuk kepada pihak berkuasa yang berkenaan sebelum melabur/mendeposit wang;

• Jangan terpengaruh atau terburu-buru untuk melabur;

• Hendaklah lebih berhati-hati dengan pelaburan melalui Internet;

• Berwaspada dengan apa-apa peluang pelaburan yang tidak bertulis;

• Jika pelaburan telah dibuat, simpan salinan semua dokumen pelaburan; dan

• Rujuk laman sesawang amaran penipuan kewangan berikut:

http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm

http://www.sc.com.my/sub.asp?pageid=&menuid =233&newsid=&linkid=&type=

Sekiranya anda mengetahui skim pelaburan yang berunsurkan penipuan, anda digalakkan untuk membuat laporan polis.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Pelaburan Emas: Apa yang perlu anda ketahui

emas-pelaburan emas

 

S: Siapakah yang mengawal selia pelaburan emas di Malaysia?Adakah Bank Negara menyelia atau mengawal selia perdagangan emas dan/atau perak di Malaysia?

J: Membeli dan menjual emas atau perak tidak berada di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM). BNM tidak mengeluarkan sebarang lesen kepada manamana syarikat yang ingin

menjalankan aktiviti tersebut.Walau bagaimanapun, jika skim pelaburan emas/perak dengan jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang daripada orang ramai dan pelabur dijanjikan pulangan pelaburan/ keuntungan dalam tempoh masa yang tertentu, yang pelaburan asal akan dibayar balik, atau dalam erti kata lain, jika sesebuah syarikat didapati terlibat dalam pengambilan deposit secara haram dengan menggunakan emas / perak bagi mengaburi aktivitinya, ia mungkin melanggar seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

S: Jadi apakah yang perlu dilakukan jika saya berminat dengan apa yang kelihatan sebagai skim pelaburan emas yang sah?

J: Pelabur diingatkan supaya lebih berhati-hati dan meneliti risiko yang dikaitkan dengan pelaburan emas sebelum menyertai manamana skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam tempoh jangka pendek.

S: Sebagai bakal pelabur emas, bagaimana saya boleh memeriksa kesahihan skim pelaburan emas dan maklumat penting yang perlu diberikan perhatian jika saya ingin mengambil bahagian dalam skim pelaburan emas?

J: Pelabur dinasihatkan supaya memeriksa latar belakang syarikat dan kesahihan aktiviti dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan pematuhan undang-undang. Sebagai contoh,pelabur boleh menyemak dengan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berkaitan dengan pendaftaran syarikat dan aktiviti perniagaan yang didaftarkan dengan SSM.

Pelabur juga boleh menyemak perkara-perkara berikut melalui SSM seperti:

• Laporan Tahunan yang telah diaudit – Maklumat kewangan untuk pemegang saham sesebuah syarikat dan pelabur berpotensi mengenai pencapaian sepanjang 12 bulan lepas dan juga maklumat penting untuk menaksir sama ada berfaedah untuk melabur dalam syarikat itu.
• Memorandum Persatuan – Memorandum yang memaparkan perlembagaan sesebuah syarikat dan menetapkan kuasa dan kewajipannya sebagai sebuah syarikat.
• Perkara-perkara Persatuan – Dokumen yang mengandungi peraturan-peraturan yang berhubungan dengan hal-ehwal ‘pengurusan dalaman syarikat’
• Maklumat berkenaan Skim Kepentingan – Mendapat pengesahan sama ada syarikat tersebut berdaftar di bawah Skim Berkepentingan. Skim Kepentingan melibatkan pengumpulan wang daripada orang ramai bertujuan memperoleh satu kepentingan di dalam skim tersebut.

Maklumat-maklumat di atas boleh didapati di laman sesawang SSM: www.ssm.com.my

S: Sebagai pelabur emas, adakah terdapat sebarang isu berhubung operasi syarikat yang harus saya perhatikan?

J: Ya. Sebagai pelabur emas, anda perlu bertanyakan soalan-soalan berikut kepada pihak syarikat mengenai operasi emas syarikat tersebut:

• Sumber emas – dari mana syarikat mendapatkan bekalan?
• Siapakah pihak berkuasa atau badan rasmi yang mengesahkan ketulenan emas?
• Adakah sijil emas yang disediakan telah disahkan oleh pihak yang berkelayakan?
• Bolehkah ketulenan emas itu disahkan oleh tukang emas?
• Mengapa syarikat menjual emas pada harga premium?
• Adakah terdapat apa-apa pulangan yang dijanjikan kepada pelabur?
• Adakah terdapat jaminan belian balik kepada pelabur?
• Bagaimana syarikat menjana keuntungan daripada operasi?
• Adakah syarikat mematuhi prinsip shariah?*

* Maklumat prinsip shariah berkenaan urus niaga emas boleh didapati di laman sesawang Fatwa Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): http://www.e-fatwa.gov.my/fatwakebangsaan/parameter-pelaburan-emas

S: Jika saya mempunyai bukti bahawa emas yang telah dibeli kelihatan mencurigakan, kepada siapa saya boleh mohon bantuan?

J: Jika pelabur mempunyai bukti bahawa emas yang dibeli daripada syarikat pelaburan emas tertentu adalah berkualiti rendah, dia boleh membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Ini disebabkan KPDNKK mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas apa-apa pertikaian yang berkaitan dengan kualiti produk.

S: Oh, tidak! Saya telah menjadi mangsa kepada skim pelaburan emas haram! Apa yang perlu saya lakukan?

J: Anda dinasihatkan supaya:

• Buat laporan polis dengan segera;
• Laporkan perkara itu kepada agensi penguat kuasa yang berkaitan;
• Simpan semua dokumen berkaitan pelaburan seperti bank-in slip, slip deposit, perjanjian, serta baucar yang telah anda terima daripada syarikat atau pelaku kerana ia boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap syarikat itu. Ini termasuk butir-butir pegawai atau orang penting dalam syarikat. Maklumat ini mungkin berguna untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Pelabur emas mesti ikut nasihat pakar

pix_gal0

Sering kali di ingatkan kepada pelabur-pelabur emas supaya mendapat nasihat daripada pakar-pakar pelaburan sebelum membuat sebarang pelaburan emas. Ini dapat mengelakkan kekecewaan seperti mana yang berlaku kebelakangan ini apabila beberapa syarikat yang pelaburan emas di serbu pihak Bank Negara Malaysia.

Pelabur emas mesti ikut nasihat pakar

Kuala Lumpur: Public Gold Group Sdn Bhd yang menyasar disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang 2014, mengingatkan pelabur emas membuat pelaburan berasaskan maklumat supaya tidak terperangkap dengan skim pelaburan palsu.

Syarikat penempa, penulen dan dagangan jongkong emas serta perak itu berharap orang ramai dan pembeli emas tahu logam itu sebenarnya lebih terarah sebagai instrumen pelindung nilai daripada inflasi, justeru bukannya kelas aset pemberi pulangan.

Sehubungan itu, pelabur dan orang ramai yang mahu membeli emas sebagai alat pelindung nilai perlu mendapat maklumat menyeluruh daripada pihak yang pakar dalam bidang itu sebelum membuat keputusan pembelian.

Pengerusi Eksekutif Public Gold Group, Datuk Louis Ng, berkata ramai pembeli terperangkap dengan modus operandi sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan pulangan segera tidak munasabah daripada pembelian emas.

Syarikat skim pelaburan emas menjual emas jauh lebih tinggi daripada harga pasaran sebenar di samping menjanjikan peratus pulangan tertentu setiap bulan.

Kumpulan itu juga biasanya menetapkan harga dan tempoh belian balik tertentu mengikut kontrak, di samping beroperasi menggunakan model Skim Ponzi, katanya dalam satu pertemuan dengan BH di sini.

Ng berkata, syarikat pelaburan emas yang tulen tidak mengemukakan tawaran sedemikian, sebaliknya berurusniaga mengikut harga semasa di pasaran antarabangsa.
Pembeli perlu mendapat maklumat semasa yang boleh diperoleh daripada pelbagai sumber tulen sebelum membuat keputusan mendapatkan emas (untuk pelaburan), katanya.

Beliau mengulas mengenai ramai kalangan pelabur yang terperangkap dengan pelaburan emas apabila pihak berkuasa menyerbu dan membekukan aset beberapa syarikat pengendali dipercayai beroperasi seperti skim cepat kaya.

Awal bulan ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dilaporkan berkata, Bank Negara mengesan 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion dalam sebuah syarikat pelaburan jongkong emas.

Bank Negara Malaysia dalam kenyataannya pada awal Oktober lalu memberitahu membekukan aset dan akaun yang disita hasil serbuan dilakukan terhadap empat syarikat yang menawarkan skim pelaburan jongkong emas iaitu Genneva Malaysia Sdn Bhd, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd.

Public Gold ialah antara syarikat yang bergiat dalam perniagaan emas dengan kegiatan terasnya termasuk menempa dan menulen emas.

Ia juga menawarkan perkhidmatan dagangan dan tukaran emas serta menyediakan kemudahan simpanan selamat kepada pelanggan.

Syarikat itu yang beribu pejabat di Pulau Pinang, menerusi anak syarikatnya, Public Gold Marketing Sdn Bhd akhir bulan lalu dikeluarkan daripada senarai Peringatan Pengguna Bank Negara Malaysia selepas model perniagaannya didapati tulen serta tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna.

Mengulas lanjut, Ng berkata, operasi perniagaan Public Gold hanyalah semata-mata dagangan jongkong emas dan perak bagi tujuan simpanan kekayaan.

Sejak ditubuhkan pada 2008, Public Gold komited menawarkan pelan simpanan emas fizikal yang selamat untuk masa depan.

Public Gold mengamalkan model perniagaan telus di mana kami hanya membeli dan menjual jongkong emas dan perak tanpa memberikan tawaran tidak realistik kepada pelanggan, katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd.

Ustaz-zaharuddin-genevva

Ramai yang menanti apakah keputusan yang akan dibuat oleh Majlis Fatwa terhadap pelaburan emas yang dijalankan oleh Syarikat Genneva Malaysia apabila Ustaz Zaharuddin postkan ke wall mengenai modus operandi syarikat Genneva yang memberikan hibah bulanan.

Sila rujuk gambar ini.

 

Dan inilah keputusan yang ditunggu-tunggu tersebut.

Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd.

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak. Sesuatu transaksi jualbeli adalah dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Muzakarah turut menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman.
  2. Berdasarkan laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd., Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011.
  3. Oleh itu, umat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak sama ada syarikat atau individu di dalam atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jual-beli emas seperti yang digariskan oleh syarak atau undang-undang negara.

Jadi, saya mencadangkan kepada mana-mana individu yang sudah menyertainya harap dapat mengeluarkan pelaburan emas anda dan belilah emas fizikal daripada ejen-ejen syharikat-syarikat pelaburan emas fizikal yang ada di Malaysia.

Dinar emas mampu atasi krisis ekonomi

dinar

Sekarang di Malaysia banyak Company yang telah mengeluarkan Dinar Emas. Antara Dinar emas yang boleh di dapati di Malaysia ialah Public Dinar, Dinar Kelantan, Dinar Perak, Dinar Muslim, dan beberapa lagi. Adakah suatu hari nanti kita akan lihat urusniaga di jalankan dalam bentuk Dinar? Penggunaan Dinar dilihat jalan penyelesaian kepada masalah ekonomi yang sering berlaku.

Dinar emas mampu atasi krisis ekonomi

 

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
pengarang@utusan.com.my

 

KUALA LUMPUR 2 April – Penggunaan dinar emas dan dirham perak diyakini mampu menjadi penyelesaian kepada krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang.

Ketua Jabatan Kewangan Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera berkata, penggunaan wang kertas sebenarnya memudahkan serta menggalakkan spekulasi dan manipulasi mata wang kerana ia tidak memiliki nilai seperti dinar emas.

“Sebenarnya penggunaan dinar emas dan dirham perak dalam perniagaan bukan sesuatu yang baru kepada dunia kerana ia digunakan sejak zaman dahulu lagi.

“Ini kerana dinar emas dan dirham perak merupakan wang sebenar yang merangkumi prinsip keadilan, ekonomi dan kestabilan serta mapan. Ia bukan sahaja baik untuk negara Islam tetapi juga kepada semua negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam sesi forum bertajuk ‘Emas dan Perak-Mata Wang Baru Dalam Perdagangan dan Pelaburan’ pada Forum Halal Sedunia (WHF) 2012 di sini hari ini.

Ahamed Kameel berkata, masalah sistem kewangan sekarang adalah jumlah wang kertas yang dicetak sebenarnya lebih banyak berbanding pertumbuhan ekonomi sebenar dunia.

“Keadaan ini menyebabkan berlaku inflasi dan krisis ekonomi yang bukan sahaja memberi kesan kepada negara, tetapi juga kepada kehidupan rakyat,” ujarnya.

Sementara itu Pengasas World Islamic Mint, Prof. Dr. Umar Ibrahim Vadillo pula menegaskan, sudah sampai masanya umat Islam kembali kepada penggunaan sistem kewangan sebenar dengan menggunakan dinar emas dan dirham perak seperti yang dituntut dalam Islam.

“Saya yakin jika diberi pilihan, 99 peratus penduduk dunia akan memilih untuk menggunakan mata wang emas dan perak kerana ia lebih bernilai berbanding kertas.

“Sekiranya semua negara Islam bersatu dengan menggunakan dinar emas dan dirham perak dalam setiap urus niaga, ekonomi umat Islam akan menjadi lebih kukuh serta tidak lagi mudah dimanipulasi,” katanya.

Umar turut mempersoalkan sesetengah negara Islam yang terlalu takut dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dalam melaksanakan sistem kewangan berasaskan dinar emas dan dirham perak dalam urus niaga negara masing-masing.

“Sampai bila kita mahu terus ditipu oleh mereka yang sekarang membeli emas, minyak dan gas daripada negara Islam dengan hanya menggunakan kertas-kertas tidak bernilai,” tegasnya.

Teknik Ar Rahnu dalam pelaburan emas

Gambar: Azahari Salleh Photography

Gambar: Azahari Salleh Photography

Kesedaran masyarakat hari ini terhadap pelaburan emas semakin meningkat. Ramai sudah mengetahui kenapa mereka harus menyimpan emas. Ada yang menyimpan emas dalam bentu fizikal dan ada juga yang mula melabur dalam akaun simpanan emas.

Salah satu keistimewaan emas fizikal (barang kemas) adalah ianya boleh di Ar-Rahnukan (Ar-Rahnu ialah sistem gadaian Islam). Ia membolehkan kita meminjam wang daripada institusi Ar-Rahnu dengan menyandarkan emas milik kita. Nilai maksima pinjaman yang diberikan ialah 65% – 7o% daripada nilai emas yang kita pajakkan.

Ilustrasi di bawah akan di tunjukkan bagaimana membuat keuntungan dari pelaburan emas dan menggunakan Ar-Rahnu untuk menggandakan keuntungan tersebut.

Ilustrasi 1
Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar kenaikan emas: 10% selama 6 bulan

Jika anda mempunyai barang kemas bernilai RM20,000 dan anda menggadaikan ke Ar-Rahnu, pinjaman yang anda perolehi ialah sebanyak 70% dari nilai emas tersebut iaitu RM14,000 dengan upah simpan sebanyak RM840 selama enam bulan. Dan wang tersebut kesemuanya terus digunakan untuk membeli emas fizikal lagi dan anda membuat gadaiaan ke 2 sehingga lah gadaian ke-6.

Dalam tempoh 6 bulan, jika kenaikkan emas ialah sebanyak 10% (untuk rekod, purata kenaikan harga emas setahun melebihi 20%), anda telah membuat keuntungan sebanyak RM3,412. Jika anda tidak menggadaikan langsung pembelian pertama anda, anda hanya untung RM2,000 dalam masa 6 bulan.

Jadi jelaslah bahawa teknik Ar-Rahnu ini mampu menggandakan keuntungan anda  pada kadar kenaikkan emas 10%.

Ok, bagaimana pula jika emas naik hanya 5%? Mari kita lihat ilustrasi 2.

Ilustrasi 2
Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar kenaikkan emas: 5% selama 6 bulan

Jika kenaikkan emas hanya 5%, anda akan untung hanya RM471. Jika anda tidak menggunakan Ar-Rahnu dan menyimpannya sahaja keuntungannya lebih besar iaitu RM1,000 (Kenaikan emas jika anda tidak menggadaikannya).

Macammana jika emas mengalami penurunan harga? Mari lihat ilustrasi 3

Ilustrasi 3

Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar penurunan emas: 5% selama 6 bulan

Jika emas jatuh sebanyak 5%, kerugian anda akan berganda-ganda. Daripada kerugian sepatutnya sebanyak RM1,000 diatas penurunan harga emas, anda sudah kerugian RM5,412 jika anda menggunakan teknik tersebut.

Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah, jika harga emas mengalami kenaikan harga melebihi dari kos simpan tersebut iaitu dalam lingkungan 8%, anda boleh menggunakan teknik Ar-Rahnu. Tetapi siapa yang boleh buat andaian yang tepat? Inilah risiko yang terpaksa pelabur-pelabur emas hadapi jika anda ingin melabur dalam emas.

Untuk rekod, ramai yang telah berjaya membuat keuntungan menggunakan teknik ini sebelum ini kerana kenaikkan emas setahun melebihi 25%.

Apa yang penting, anda perlu bijak merancang. Harga emas mempunyai masa turun dan naik. Jika tepat membuat pelaburan anda akan perolehi keuntungan, jika tidak anda kerugian.

Ramai juga yang mengunakan Ar-Rahnu pada gadaian pertama sahaja. Duit pinjaman yang di perolehi di gunakan untuk membuat pusingan modal dalam perniagaan emas atau pun menyimpan sahaja di dalam pelaburan-pelaburan yang lain seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) ataupun perniagaan-perniagaan lain. Anda yang tentukan.

Untuk memaksimumkan keuntungan adalah perlu bagi sesiapa yang menggunakan teknik ini untuk mendapatkan emas yang terendah di pasaran. Saya mencadangkan anda dapatkan barang kemas keluaran GSR daripada saya dengan harga yang cun melecun. Sila hubungi saya untuk dapatkan harga terbaik dari ladang.

Kenapa perlu bayar RM1000 untuk jadi dealer GSR?

427558_335948013108219_100000790700600_836200_1925571229_n

Ramai yang bertanya kepada saya apa yang kita dapat jika menyertai GSR dengan bayaran RM1000. Ada beberapa syarikat tidak mengenakan bayaran untuk menjadi dealer. Mari kita lihat apa yang kita dapat di bawah ni dan saya akan huraikan serba sedikit mengenainya.

1. WEBSITE MARKETING Contoh : www.gsr2u.com.my/fariz
2. Dapat Membeli Produk Emas Perak Harga TERMURAH !!!
3. Keuntungan jualan y tinggi, emas 999; RM15/g n 916: RM10/g
4. FREE – IKLAN PAPER KOSMO selama 2 bulan
5. FREE -Seminar Marketing Power GSR ( RM500-1000)
6. FREE – Bantuan Marketing di berikan.( seminar anjuran dealer)
7. FREE – Bantuan Khairat Kematian ( RM500)
8. FREE – Penghantaran Percuma ( Seumur Hidup)
9. FREE – 1 Book Resit Pembayaran
10. FREE – Jaket GSR
11. FREE – Flayer 200 keping
12. FREE – Bisnes Card 300 keping
13. Jaminan Belian Semula

Website marketing

Setiap dealer GSR akan diberikan satu website untuk anda promosikan bisnes GSR secara online. Ianya bukan website biasa yang hanya mempromosikan produk dan juga company, tetapi ia juga mempunyai sistem pendaftaran pembeli dan juga pendaftaran dealer. Jika anda rajin membuat promosi secara online di Facebook atau di laman social yang lain, pembeli-pembeli atau yang berminat untuk menjadi pengedar akan secara mendaftar melalui link anda untuk membuat pembelian dan ada juga yang akan menjadi pengedar. Ini dilakukan semuanya secara auto oleh sistem. Cuba anda lihat senarai dealer dan member di dalam photo dibawah seramai 27 orang. Lebih 20 orang daripada mereka bukan rakan saya sebelum ini dan semuanya mendaftar dari link saya yang saya promosikan secara online.

Dengan website tersebut juga anda boleh melihat belian dari dealer atau member di bawah anda. Komisyen juga di update terus secara harian pada hari pembelian di buat (hari bekerja). Ini memudahkan anda membuat folo up atau mengucapkan terima kasih kepada dealer anda atau customer kerana membuat pembelian dengan GSR.

Anda rasa dengan website tersebut berbaloikah bayaran rm1000? Tahukah anda untuk maintain website dan hosting untuk setahun sahaja anda perlu bayar RM100-RM200. Belum lagi jika anda upah sesorang untuk design webiste anda yang biasanya kos upah buat website lebih kurang RM300 – RM800 bergantung kepada design. Itu tidak termasuk sistem seperti yang GSR tawarkan. So, anda boleh buat penilaian sendiri.

Penghantaran Percuma

Penghantaran percuma ni merupakan salah satu bantuan yang saya sangat suka. Tempat tinggal saya yang jauh dari bandar besar dapat menjimatkan kos penghantaran dan kos mengambil stok. Setiap pesanan anda akan di hantar terus ke alamat yang anda berikan semasa membuat order. Anda tidak perlu risau kehilangan barang, kerana pihak GSR sudah membuat jaminan jika barang tersebut hilang dalam masa penghantaran, produk tersebut akan di gantikan dengan syarat kehilangan bukan atas kecuaian anda sendiri seperti meletakkan alamat yang salah.

Untuk jangka masa panjang ia sangatlah berbalai, contoh seperti saya, untuk ke bandar besar sahaja kos pengangkutan sahaja RM30. Bayangkan jika saya membuat banyak sales dan terpaksa berulang banyak kali ke bandar untuk mengambil barang sudah tentu ianya merugikan saya dari segi kos dan masa dan untuk jangka masa panjang ia sangat merugikan.

Komisyen yang tinggi

Jika anda sebagai peniaga, tentulah anda inginkan komisyen yang tinggi, betul tak? Ok, untuk produk emas, GSR memberikan komisyen RM15/g jika anda menjual produk 999 dan RM10/g untuk produk 916. Jika anda menjual 10 gram sehari, komisyen anda sudah tentu RM100 atau RM150. Sebulan? Kira sendiri. Ini belum lagi anda kira komisyen setiap dealer di bawah anda. Jika anda seorang STAR dealer, dan downline anda Master dealer (MD) yang aktif membuat pembelian anda akan juga menerima komisyen daripada jualan MD tersebut sebayak RM1.50/gram. Ini tidak terdapat pada company lain di mana jika downline anda lebih pangkat dari anda, anda tidak merasa apa-apa walau sesen pun.

Komisyen perak pula adalah sebanyak 2% untuk SD, 2.5% untuk CD dan 3% untuk MD. Setiap belian downline kita juga akan menerima komisyen dari 0.6%-1% bergantung kepada pangkat downline anda. Terbukti komisyen ini sangat tiggi di bandingkan dengan syarikat2 lain.

Dengan komisyen yang tinggi tersebut, jika anda tidak mempunyai downline aatu dealer di bawah anda, anda masih lagi untung untuk pembelian peribadi. Untuk jangka masa panjang, anda sebenarnya dapat membeli emas dengan harga yang murah. Contoh, jika anda membeli 100g emas 916, ia sudah cukup untuk cover kos menjadi dealer tersebut. Adakah mustahil untuk seseorang yang melabur dalam emas untuk menyimpan sebanyak 100g? anda ada jawapannya.

Walaupun ada yang menawarkan kepada saya pada harga yang lebih murah dari apa yang GSR tawarkan, tetapi terpaksa membeli dengan volume yang banyak untu satu kali pembelian (minima 100g). Bagaimana bagi peniaga kecil2an dan juga pelanggan yang membeli secara sedikit?

Bantuan promosi lain

Dengan menjadi dealer juga, anda akan diberikan bisnes kad 300 keping, flyers 200 keping, jaket dan juga iklan di surat khabar. Cuba anda kira berapa kos untuk 300 keping bisnes kad, flyers dan juga iklan di akhbar. Sudah tentu iklan lah yang paling mahal dan ramai individu tidak sanggup untuk membayarnya secara persendirian.

Untuk menjadi dealer atau penjual yang bagus, anda perlukan semua itu. Itu merupakan salah satu tools offline larketing yang sangat penting yang sering di abaikan oleh mereka yang berniaga.

Sebagai contoh, semasa hari pertama iklan GSR di KOSMO, dealer2 emas ini menerima banyak panggilan daripada pembaca-pembaca akhbar KOSMO tersebut. Saya sendiri menerima prospek dari Raub yang bertanyakan mengenai perniagaan GSR.  Tidak kurang juga yang menerima panggilan dari sesorang yang menawarkan produk mereka pula. Inilah kelebihan promosi di akhbar.

Bagi saya nantuan pemasaran adalah sangat penting bagi yang betul2 berminat berniaga emas dan perak. Anda tidak boleh hanya mendaftar dealer dan mengharapkan jualan datang tiba-tiba, anda harus melakukan promosi. Dengan bantuan promosi yang di tawarkan GSR, ia sebenarnya memudahkan kerja promosi anda. Semuanya di lakukan oleh syarikat dan anda hanya perlu sambung kerja-kerja tersebut untuk sampai kepada customer.

Kesimpulannya, anda boleh nilai sendiri adakah berbaloi bayaran yang di kenakan sebanyak RM1000 tersebut? Mungkin saya akan ulas lagi beberapa kelebihan jadi dealer GSR dalam artikel akan datang. Jika anda ingin dengar sendiri daripada  saya secara terperinci, anda boleh add saya di FB (www.facebook.com/farizkamis). boleh chat dengan sendiri untuk penerangan yang lebih atau email atau call saya seperti nombor di bawah artikel ini.

Teknik Berkesan Dalam Melabur Emas

Ar_Rahnu_Bank_Rakyat

Apa khabar? Semoga sihat dan ceria di samping keluarga dan rakan-rakan.

Hari ini saya nak berkongsi satu topik penting iaitu Cara berkesan, Pantas dan Menjimatkan dalam melabur emas.

Masa kini memang ramai di antara kita yang sedang melabur dalam emas. Sana-sini orang bercerita tentang kehebatan pelaburan emas.

Iklan di TV dan banyak bank mula membuka kaunter MENJUAL emas-emas mereka. Hinggakan dalam apa-apa pertandingan dan produk pun dikaitkan dengan emas.

Tentu anda semua pernah dengar kan dalam satu kempen beli produk mereka, hadiah yang ditawarkan adalah jongkong emas !!

Tidak terkecuali juga, banyak slot-slot rancangan ekonomi di TV dan internet, mula mengulas dan bercerita tentang pelaburan emas. Allahyarham Dato’ Salleh Majid, bekas pengerusi BSKL juga turut berkata dalam satu rancangan eonomi di TV, anda tidak perlu fikir risiko ketika melabur emas, kerana satu sifat penting emas yang perlu kita tahu adalah EMAS KALIS INFLASI…..ia tidak akan terkesan oleh inflasi.

Zaman ini adalah zaman kenaikan harga emas. Seluruh orang memperkatakan tentang pelaburan emas. Pengalaman saya menghadiri seminar – seminar tentang pelaburan emas, memperlihatkan amat ramai yang hadir ingin tahu bagaimanakah caranya pelaburan emas ini dimainkan.

Seminar-seminar emas di seluruh negara yang tumbuh bagai cendawan memperlihatkan kesedaran dan minat orang ramai untuk melabur emas. Mereka sanggup datang dari seluruh pelusuk negara semata-mata mahu mengetahui ilmu melabur emas yang unik ini.

Namun, hakikat pelaburan emas yang perlu kita ketahui adalah, ia juga seperti lain-lain jenis pelaburan komoditi. Pasaran emas juga bersifat turun dan naik harganya.

Hari ini harga naik, tup tup esok lusa, harga jatuh kembali dan tak lama selepas itu naik balik. Tapi jika kita melihat dalam satu jangka masa yang sederhana dan lama, 1 tahun ke atas, memang harga naik.

Atas sebab inilah ramai juga pelanggan dan rakan kenalan yang telah melabur emas, saya perhatikan hanya mengguna pakai strategi beli, simpan dan jual balik.

Anda beli emas pelaburan pada harga tertentu. Kemudian simpan untuk satu jangka masa yang tertentu dan jualnya kembali setelah ada untung sedikit atau tiba-tiba sesak nak pakai cash.

Mungkin anda tidak sedar di luar sana banyak institusi Ar Rahnu dan kedai Pajak Gadai tumbuh seperti cendawan selepas hujan apabila trend orang membeli emas macam membeli pisang goreng panas semakin menjadi-jadi. Pernahkah anda terfikir, kenapa ini berlaku?

Jika anda hendak tahu, semakin ramai orang yang melabur dalam emas mula menyedari satu kelebihan melabur dalam emas fizikal ini adalah EMAS BOLEH DI CAGAR UNTUK MENDAPATKAN CASH ….!! Inilah yang membuatkan pelaburan emas sangat unik berbanding lain-lain jenis pelaburan.

Dan untuk pengetahuan anda semua, semakin ramai juga mereka yang telah melabur dalam emas mempelajari teknik-teknik pelaburan emas yang digabungkan dengan sistem pajak gadai Ar Rahnu untuk menambahkan lagi pulangan pelaburan emas mereka.

Kini Ar Rahnu bukan lagi tempat bagi mereka yang terdesak, malah ramai tokey-tokey besar dan kontraktor besar mula menggunakan Ar Rahnu dalam perniagaan. Jadi ini satu peluang yang anda tidak seharusnya lepaskan begitu sahaja.

Saya ingin berkongsi satu kisah client saya seorang tokey kontraktor, membeli emas dalam kuantiti 800 gm emas 999. Saya sarankan dia agar guna teknik ar rahnu melalui penstrukturan pinjaman ar rahnu.

Apabila beliau sudah faham teknik yang saya terangkan, bila ditanya mana dapat cash sebanyak itu? Dia menjawab, duit baucer payment projek dah dapat, jadi sebelum mula site projek dalam 4-6 bulan lagi, nak melabur emas dan guna teknik ini dalam emas.

By the time projek bermula selepas 4 bulan, emas yang sudah ditanam di ar rahnu pasti sudah mengalami keuntungan dan apa yang menariknya adalah bukan sahaja keuntungan kenaikan harga emas beliau dapat, malah duit modal pelaburan juga tidak hangus. Itulah kelebihan emas fizikal.

Adakah anda ingin mempelajari rahsia-rahsia pelaburan emas dan teknik menggunakan sistem Ar Rahnu dalam kewangan peribadi anda? Jika anda takde wang yang cukup, tahukah anda ada caranya yang berkesan dan praktikal untuk anda membeli emas dengan duit gaji anda sahaja. Ada satu panduan yang telah dicipta untuk membolehkan mereka yang agak ”tight budget bulanan” untuk membeli emas dengan konsisten.

Saya ada teknik berkesan, mudah dan menjimatkan serta lumayan dalam pelaburan emas dan Teknik Pajakan Ar Rahnu yang saya telah pelajari dari sifu sifu emas di luar sana dan telah saya praktiskan.

Ianya adalah hasil nukilan saya sendiri berdasarkan pengalaman saya dalam trading dan pelaburan emas. Alhamdulillah sambutan terhadapnya amat baik. Saya jamin ianya sangat membantu. Lawati link di bawah;

http://www.pakejpelaburanemas.com/index.php?ref=belian

Sekian sahaja tips kali ini, berjumpa lagi…….

Dari Penulis e book Pakej Pelaburan Emas

Wang kertas di kitar semula jadi pengganti arang

wang-kertas jadi arang

Beginilah nasib wang kertas di Hungary.  Setelah tidak digunakan akan dijadikan arang. Adakah emas mendapat nasib sedemikian? Jika anda menyimpan emas dari sekarang, saya percaya emas itu akan terus bernilai sehingga ke anak cucu anda.

Sila klik pada gambar untuk pembacaan yang lebih jelas.

SUMBER: KOSMO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...