Perubahan Harga Tahunan Emas dan Perak

10g-gold-bar

Ramai yang masih ragu-ragu untuk membuat pelaburan dalam logam berharga emas dan perak. Yang baru mengenali emas dan perak dalam 6 bulan ini pasti berasa emas dan perak tidak menguntungkan kerana harga nya bergerak agak perlahan. Berapkah kenaikan emas dan perak pada tahun 2012? Berapa pula kenaikan emas dan perak dari tahun 2003?

Mari kita lihat data kenaikan harga yang saya ambil dari laman web www.goldprice.org ini. Cuba anda perhatikan data di bawah.

Perubahan harga emas

 

Jika di lihat data di atas, tahun 2012, emas telah naik 4.8% dalam masa hanya 3 bulan lebih. Jika keadaan ini konsisten, kita mungkin dapat merasa kenaikan emas lebih dari 15% pada tahun ini.

Perubahan harga perak

 

Berbanding dengan emas, pelabur perak memang telah mengalami kerugian pada tahun 2011. Tetapi pada tahun 2012 kenaikan perak telah melebihi 10% hanya dalam masa 3 bulan.

Anda sebagai pelabur anda tentunya mempunyai pandangan anda tersendiri.

 

Selamatkah sorok emas dalam rumah?

vietnam_gold

Jika kita menyimpan emas di rumah sudah tentulah hidup kita akan menjadi keluh kesah. Setiap hari takutkan pencuri atau perompak datang rumah.

Kesedaran masyarakat Vietnam terhadap simpanan emas fizikal telah lama di perkatakan. Semasa perang Vietnam dulu dikhabarkan mereka membawa emas fizikal ke luar negara untuk di tukarkan dengan barangan lain. Mengapa mereka suka menyimpan emas fizikal? mari kita baca artikel ini.

Sorok Emas Dalam Rumah
Sumber: Harian Metro 18/2/2012

TABIAT zaman berzaman orang Vietnam yang suka menyorokkan emas di rumah daripada menyimpan wang di bank dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh kerajaan negara itu. Semuanya gara-gara harga emas yang terus melambung tinggi.

Berdasarkan Majlis Emas Dunia tahun lalu, Vietnam membeli lebih banyak emas perkapita berbanding India dan China. Harga emas domestik di Vietnam pula meningkat 18 peratus jauh lebih tinggi daripada harga pasaran emas dunia yang menyaksikan kenaikan 11 peratus.

Sememangnya tabiat yang sudah diamalkan turun temurun itu sukar dikikis.

Walaupun harga satu auns (28.4 gram) jongkong emas di Hanoi lebih RM300 berbanding di tempat lain, tetapi penduduk negara komunis itu tetap membelinya, kata pesara berumur 60 tahun, Truong Van Hue.<

“Saya masih suka melihat simpanan saya dalam bentuk emas. Ia lebih selamat bagi pesara macam saya. Saya boleh jual emas pada bila-bila masa, di mana-mana apabila memerlukan wang,” katanya.

Walaupun emas dianggap sebagai simpanan selamat, tetapi tindakan penduduk yang ‘menyerbu’ kedai emas membuka mata kerajaan Vietnam apabila mereka berhadapan dengan kadar inflasi sebanyak 18 peratus dan ketidakstabilan mata wang tempatan, dong.

Kerajaan cuba memperlahankan ‘demam emas’ dengan cuba mengawal perniagaan logam berharga itu selepas hampir 20 tahun mereka memberikan kebenaran rasmi kepada penduduk memiliki dan berniaga emas, walaupun perkara itu sudah diamalkan sejak berzaman lalu.

Antara langkah yang cuba dilakukan kerajaan tahun lalu ialah memasukkan dekri atau perintah yang meletakkan perniagaan jongkong emas Saigon Jewelry Company, pembuat dan pedagang emas terkemuka di Vietnam di bawah kawalan bank pusat.

Dekri itu juga mengehadkan perniagaan peniaga emas kecil-kecilan, mengurangkan lonjakan harga dan mencegah pelabur borong daripada merancakkan perniagaan logam berharga itu yang akan terus menjejaskan mata wang dong yang sememangnya sudah goyah.

Buat masa ini, kerajaan juga menimbangkan langkah kedua yang akan memaksa lebih 10,000 kedai emas keluar daripada perniagaan jongkong emas dan hanya memberi fokus kepada penjualan barang kemas saja.

“Mereka mahu kawal emas. Saya tidak boleh kata sama ada ia langkah yang baik atau tidak. Tetapi di sini (Vietnam), kami perlukan kestabilan ekonomi,” kata pengurus di Phu Quy Jewelry Company.

Atas sebab yang praktikal, kebanyakan penduduk Vietnam lebih suka melihat simpanan mereka dalam bentuk emas. Malah kadar faedah sebanyak 14 peratus yang ditawarkan oleh pihak bank kepada penduduk yang menyimpan dong tidak mampu menarik perhatian mereka apatah lagi ia jauh lebih rendah daripada kos sara hidup yang meningkat 18.6 peratus tahun lalu.

Kata pakar ekonomi, kejatuhan harga hartanah dan pasaran saham baru-baru ini menyemarakkan lagi pembelian emas dan bank pusat juga memberi isyarat bahawa nilai mata wang dong mungkin akan terus terjejas lewat tahun ini.

“Orang cuba mengawal kesan kemerosotan ini dengan membeli emas,” kata bekas pakar ekonomi kanan kerajaan, Le Dang Doanh.

Minat terhadap emas sebenarnya memang sudah lama tertanam dalam masyarakat Vietnam malah sejarah peperangan dan perbalahan yang tidak berkesudahan membuatkan logam ini lebih bernilai.

“Empayar boleh jatuh, mata wang boleh berubah tapi emas akan terus bertahan,” kata pakar sosiologi, Vu Duc Vuong.

Kerajaan Vietnam bukan saja mengehadkan perdagangan emas tetapi akan mengadakan kempen besar-besaran untuk menggalakkan penduduknya menyimpan emas di bank dan tidak lagi menyorokkannya di rumah.<

Bagaimanapun butir terperinci mengenai rancangan itu belum diuar-uarkan lagi tetapi pihak bank berkata, kerajaan sedang menimbangkan cara untuk menarik minat penyimpan dengan membuat tawaran daripada segi faedah dan keselamatan.

Bulan lalu gabenor bank pusat berkata, kerajaan menganggarkan penduduk Vietnam mempunyai antara 300 hingga 500 tan emas yang disimpan di luar sistem perbankan.

Menyimpan emas milik peribadi ini di bank akan memberi kelebihan kepada pihak berkuasa kerana ia boleh dijadikan alat untuk menstabilkan ekonomi.

“Jika faedah yang diberikan itu lebih tinggi dan pihak bank dapat membuktikan kredibiliti mereka, saya rasa 80 peratus penduduk akan menyimpan emas mereka di bank,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Agribank Jewelry Company, Nguyen Thanh.

Langkah untuk mengekang perdagangan emas ini dimulakan selepas peningkatan dramatik taraf hidup penduduk Vietnam yang mencetuskan perubahan pada ‘sosialisme berasaskan pasaran’. Ini adalah sistem ekonomi Vietnam yang memberikan hak kepada penduduk memiliki perniagaan penghasilan komoditi, barangan dan perkhidmatan.

Pertumbuhan ekonomi selama dua dekad berjaya menaikkan status Vietnam kepada negara berpendapatan sederhana pada awal 2011, berdasarkan ukuran Bank Dunia.

Tetapi perkembangan ekonomi itu diancam oleh isu makro-ekonomi (isu ekonomi yang lebih besar) termasuk kadar inflasi yang sentiasa tinggi dan rasuah.

Penurunan kadar inflasi akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan sekali gus meredakan ‘demam emas’, kata Daonh. Dia menambah kerajaan perlu membentuk polisi yang seiring dengan kepercayaan rakyat bahawa memiliki emas itu langkah yang ‘lebih selamat’.

“Jika polisi ini bertentangan dengan kehendak rakyat, mereka akan beralih kepada perniagaan tidak formal yang lebih sukar untuk dikawal,” katanya lagi.

Dia menganggarkan sebanyak 20 hingga 60 tan emas diseludup masuk ke Vietnam setiap tahun.

Bagaimanapun penduduk di Jalan Ha Trung di Hanoi, pusat perniagaan emas yang paling sibuk, agak skeptikal dengan langkah kerajaan itu.

“Mereka akan membuat peraturan yang lebih ketat tetapi saya percaya ada jalan untuk perniagaan jongkong emas,” kata peniaga emas, Tran Hoang Long. – AFP

p/s: Di Malaysia terdapat banyak bank yang menyediakan perkhidmatan peti simpanan selamat. Jika kita takut untuk menyimpan emas di rumah jawapan saya ialah anda boleh menyewa peti simpanan selamat tersebut.

Jualan barang kemas meningkat

emas-pelaburan

KETIDAKTENTUAN ekonomi dunia tidak menjejaskan pasaran barangan kemas di negara ini susulan minat berterusan rakyat Malaysia membeli barangan emas sebagai pelaburan selain sebagai kegunaan perhiasan diri.

Pengarah Urusan Habib Jewels, Datuk Meer Sadik Habib berkata, pasaran barangan kemas keluaran syarikatnya terus meningkat walau pun harga emas global semakin melonjak tinggi.

Malah, jelas beliau, kenaikan harga emas di pasaran dunia itu sebenarnya turut meyakinkan pembeli untuk membuat pelaburan emas termasuk membeli barangan kemas.
“Pembeli tidak hanya membeli barangan kemas sebagai perhiasan diri, malah mereka juga membelinya bagi tujuan pelaburan ekoran kenaikan harga emas yang begitu ketara sekarang,” katanya kepada media, selepas merasmikan Galeri Warisan Jawi Peranakan di Georgetown, Pulau Pinang.

Bagi memberi jaminan pelaburan kepada pelanggannya, katanya Habib juga mempunyai syarikat pajak gadai Islam Al Rahnu yang menerima gadaian barangan emas dan batu permata.

Beliau berkata, Habib Jewels juga telah mencapai jualan yang memberangsangkan pada tahun lalu dengan pendapatan jualan RM300 juta dan syarikat itu yakin dapat meningkatkan lagi jualannya tahun ini.

Meer Sadik berkata, kumpulan menyasar peningkatan pendapatan jualan antara 10 peratus hingga 20 peratus bagi tahun ini kerana menerima permintaan yang tinggi.

Bagi menampung permintaan tempatan itu, Habib bakal membuka cawangan barunya di Perak dan Pahang pada tahun ini dengan melaburkan RM4 juta bagi pembukaan setiap cawangan.

Katanya, Habib Jewels setakat ini belum bercadang membuka cawangannya di luar negara dan mahu memberi tumpuan terhadap pasaran tempatan namun, syarikat itu giat menjalankan promosi di luar negara sebagai usaha mempromosi jenama.

Mengenai Galeri Warisan Jawi Peranakan itu, beliau berkata, Habib melabur RM2 juta bagi kerja-kerja membaik pulih bangunan kedai asalnya di Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown.

Galeri yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas itu mempamerkan lebih 100 koleksi barangan kemas dan batu permata antik termasuk barangan kemas yang berusia lebih 100 tahun yang dipakai oleh kaum wanita Jawi Peranakan di Pulau Pinang. – BERNAMA

Beli Emas dan Perak Secara Online

400200_337821639581396_333842186646008_1137584_1174626770_n

Sekarang ini terdapat banyak syarikat yang menawarkan produk emas dan perak kepada pembeli atau pelabur emas dan perak. Syarikat-syarikat baru tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Ia memberikan keuntungan kepada pembeli-pembeli kerana syarikat-syarikat ini terpaksa bersaing untuk menawarkan harga yang boleh menarik pembeli.

Cara jualan juga memainkan peranan yang sangat penting dalam melakukan sesuatu produk emas dan perak tersebut. Perkembangan pesat dunia internet juga menjadi faktor ada sesetengah syarikat yang menawarkan pembelian emas dan perak secara online.

Begitu juga dengan Gold Silver Resources Sdn Bhd yang lebih dikenali sebagai GSR, ada menawarkan pembelian secara online. Jika anda berminat untuk membeli produk GSR seperti silver bar dan syiling anda boleh berbuat demikian dengan hanay duduk di depan komputer anda sahaja.

Bagaimana untuk membeli secara online? Caranya seperti di bawah ini.

  1. Daftar sebagai member secara PERCUMA di www.gsr2u.com.my/fariz
  2. Dapatkan email pengesahaan.
  3. Login menggunakan user id dan password yang telah anda daftar.
  4. Apabila anda telah masuk ke akaun anda, anda klik kepada Make Purchase.
  5. Buat pilihan barangan yang anda inginkan.
  6. Klik pada butang Beli.
  7. Anda perlu buat bayara mengikut kepada invoice yang di keluarkan dalam masa 24 jam. Pembayaran boleh dilakukan menggunakan CIMB akaun atau Maybank.
  8. Pihak syarikat akan menghubungi anda untuk mengesahkan alamat dalam masa 24 jam hari bekerja.

 

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020?

jongkong-emas.public-gold

Fuhhh.. Kalau emas tahun 2020 RM503/gram, bayangkan la kalau nak kawin wat hantaran. Cincin je dah RM2,500.. Kalau perempuan nak gelang? Tak ke terduduk pengantin lelaki.. Mana la nak cekau duit.. Tapi mungkin masa tu gaji pun dah tinggi kan? Keluar je Uni terus gaji RM10,000 kot. Hehe

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.

Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.

“Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh. – BERITA HARIAN

Cara mengira harga emas

emas_timbang_4

Harga emas di Malaysia dipengaruhi oleh harga emas di dunia seperti London dan New York. Pada umumnya standard yang digunakan dan sering kita dengar adalah harga emas dalam satu troy ounce.

1 troy ounce / toz. sama dengan 31.1035g. Atau bila dibulatkan menjadi 31.1g.

Cara mengiranya sangat mudah.

Sebagai contoh apabila kita mendapat informasi harga di TV atau website $1,800/oz. Maka kita harus menukarkan berat troy ounce menjadi gram terlebih dahulu dengan cara:

$1,800 / 31.1 = $57.87

Setelah kita mendapatkan berat $57.87 / gram maka kita dapat menukarkan kedalam MYR dengan cara mengkalikannya dengan tukaran wang USD ke MYR:

$57.87 x MYR3.1 (simulasi rate nilai tukar USD / MYR) = MYR179.40 / gram.

Harga tersebut kemungkinan besar akan berbeza dengan apa yang terdapat di pasaran Malaysia kerana premium atau pun faktor ‘demand’ dan ‘supply’. Harga emas di kedai-kedai di Malaysia juga di tetapkan oleh badan yang berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...