Berniaga Emas dan Perak secara Dropship

gsr-dropship

Perniagaan secara dropship telah mula mendapat tempat di kalangan peniaga-peniaga internet di seluruh Malaysia. Dari hari kehari banyak syarikat yang menawarkan perniagaan secara dropship.

Apakah Itu Dropship?

Dropshipping merupakan teknik pengurusan rantaian pembekal di mana penjual tidak menyimpan stok tetapi memindahkan pesanan pembeli produk kepada pembekal untuk tujuan pembungkusan dan penghantaran produk terus ke alamat pembeli.

Dengan kata lain, dropship adalah suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk dan servis yang dijual. Ianya memberi keuntungan yang besar kepada pengedar kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal. Dropship membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan kerana peniaga tidak perlu mempunyai produk atau servis yang dikeluarkan sendiri.

Jika anda ingin berniaga tanpa mengeluarkan modal yang besar, dropship adalah kaedah yang terbaik. Ini bermakna anda boleh menjual tanpa modal, tanpa resiko dan tidak perlu membeli dan menyimpan stok.

Bisnes dropship ini amat sesuai untuk semua golongan tidak kira anda seorang pelajar, penganggur, suri rumah, pekerja sepenuh masa mahupun seorang pesara. Ini adalah kerana perniagaan dropship ini:

- Tidak melibatkan modal yang besar.
- Tidak perlu menyimpan stok.
- Tidak perlu menyewa kedai mahupun menggaji pekerja.
- Risiko perniagaan ini amat rendah.
- Tidak perlu menghabiskan masa yang banyak.
- Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
- Amat senang dan mudah diuruskan!

Dalam bisnes dropship ini, apa yang anda perlu tumpukan ialah cara bagaimana anda mahu menjual produk anda sama ada di blog, di laman bidaan seperti ebay, di forum-forum ataupun menjual di Facebook manakala pembekal pula akan menguruskan tempahan pelanggan anda, uruskan pembungkusan produk dan menguruskan penghantaran kepada pelanggan anda.

Berniaga Emas dan Perak secara dropship

Jadi setelah anda faham apa itu dropship, saya ingin mengajak anda semua menjadi peniaga dropship bersama Gold Silver Resources Sdn Bhd (GSR). GSR menawarkan kepada individu yang berminat untuk berniaga emas dan perak secara dropship dengan bermodalkan hanya RM1,000.

Carta aliran proses dropship bersama GSR

Sebagai dealer, anda hanya perlu promosikan produk GSR sahaja melalui website yang di berikan kepada anda. Contoh website dropship GSR ialah seperti di link ini www.gsr2u.com.my/fariz. Apabila ada customer ingin buat belian, mereka akan bertanya kepada dealer mengenai produk dan delaer perlu menerangkan kepada pembeli apa yang ditawarkan GSR. Pembeli boleh buat pembelian melalui dealer, dan seterusnya dealer akan buat order dengan meletakkan alamat pembeli. Syarikat akan terus menghantar barang kepada pembeli dalam masa 1-2 hari atau paling lewat 7 hari bekerja. Komisyen dealer akan di masukkan pada awal bulan berikutnya setelah dikira jumlah jualan dealer pada bulan semasa.

Selain dari cara di atas pembeli juga boleh membuat bayaran terus kepada syarikat. Tetapi, pembeli harus register secara PERCUMA di laman web pengedar-pengedar GSR seperti link ini www.gsr2u.com.my/fariz.

Jadi, pernigaan emas dan perak tidak lagi menjadi suatu yang susah pada masa ini. Ramai yang tidak berani untuk berniaga emas dan perak kerana risiko menyimpan stok dan penghantaran produk. Sekarang GSR dapat mengatasi isu-isu tersebut dengan memperkenalkan bisnes emas secara dropship ini. Kepada yang berminat menjadi peniaga emas dan perak boleh hubungi saya melalui nombor di bawah.

SEMINAR REVOLUSI EMAS PERAK GSR

Iklan Seminar Celik Emas Perak di Kosmo

Iklan Seminar Celik Emas Perak di Kosmo

SEMINAR REVOLUSI EMAS PERAK GSR DAN PELUANG PERNIAGAAN BERSAMA GOLD SILVER RESOURCES SDN BHD

INGIN BERNIAGA EMAS PERAK – MODAL KECIL UNTUNG LUMAYAN

SIAPA YANG WAJIB HADIR ?

1.       Orang yang berminat MENJADI JUTAWAN EMAS PERAK

2.       Orang yang  Mencari peluang perniagaan Secara Sambilan / Sepenuh Masa

3.       Pengarah Urusan / Peniaga / Peruncit / Pelajar/ Kakitangan Kerajaan /Swasta/ Suri Rumah yang ingin Berjaya dalam perniagaan

4.       Peniaga EMAS & PERAK DARI SYARIKAT LAIN  -Pasti anda akan tertarik dengan tawaran yang diberikan oleh pihak syarikat GSR.

5.       Mereka yang ingin belajar tentang perniagaan emas perak & Ilmu pelaburan emas perak fizikal

6 Perkara WAJIB  yang akan diperolehi selepas Program :

1 . 10 Perkara Kenapa Perlu simpan Emas Perak

2.  10 Rahsia Potensi Emas Perak &Perniagaan

3.  TEKNIK  (TSJ)  – Bagaimana Membuat Keuntungan Dengan Emas

4.  TeknikKeuntungan 2 in 1 ( Tanpa mengabaikan perniagaan anda sekarang )

5. Rahsia Bagaimana Menjana Pendapatan Ribuan Ringgit Semudah A-B-C

6.  10 Teknik Marketing GSR POWER yang membantu untuk anda Berjaya dalam perniagaan.

JADUAL  SEMINAR CELIK EMAS PERAK PERAK GSR

Tarikh Lokasi Masa Urusetia
19 Mei 2012

(SABTU)

TS Hotel Scientex , Pasir Gudang 2.30 pm – 4.30pm Syazli

010-8805442

19 Mei 2012

(SABTU)

Hotel Oriental Crstal KAJANG SELANGOR 2.30 pm – 4.30pm Khairul

012-3041425

20 Mei 2012

(AHAD)

HOTEL SAYANG  No 1-4 Jalan Mas 1 Taman Desamas Kulai jaya 2.30 pm – 4.30 pm Sukri

013-7704413

26 Mei 2012

(SABTU)

Dewan Kuliah 1 Marsah – Maahad Johor 2.30pm -4.30 pm Nizam

013-6163163

26 Mei 2012 Pusat Belia Antarabangsa CHERAS 2.30 pm – 4.30 pm ALWI

013-2002246

27 Mei 2012

(AHAD)

Crystal Inn  No.36 Jalan Zabedah

Batu Pahat Johor

2.30pm – 4.30 pm Naqiuddin

013-6078235

1 JUN 2012

(JUMAAT)

Kelab Golf dan Rekreasi Petronas (KGRP)KERTEH – Terengganu 2.30 pm – 4.30 pm Fariz

012-9503877

2 JUN 2012

(SABTU)

 Hotel Sri Malaysia Kuala Terengganu 2.30 pm – 4.30pm En.Shukri

0139825349

16 JUN 2012

(Sabtu)

DewanCempaka, Kompleks Masyarakat Penyayang, JalanUtama, 10450 Penang 9.00 am – 1.00pm Syamsiah

0124694423

 

PERCUMA KEMASUKAN !! TEMPAT ADALAH TERHAD !!

CARA MENDAFTAR SEMINAR :  SILA HUBUNGI WAKIL URUSETIA LOKASI DI ATAS

SILA TAIP SMS  : DAFTAR GSR , (NamaPenuh) , (Lokasi Seminar) , (Email) , ( BilPeserta )  dan sms ke urusetia lokasi .

ANJURAN :

GOLD SILVER RESOURCES SDN BHD

6E Tingkat 5, Blok 1,
PusatPerniagaan Worldwide,
Jalan 13/50 Seksyen 13,
40675 Shah Alam Selangor

Tel : 603- 55230840

www.gsr2u.com.my/fariz

Side Income dan Pasif Income bersama GSR

cicncin emas GSR 614x410

Semasa saya menghadiri Thriller Workshop Hartanah (TWH) anjuran Shah Razali Consultant atau SCON di kuantan pada bulan 3 yang lalu, Dr Shah Razali ada mengingatkan peserta supaya mencari side income dan pasif income untuk menambah pendapatan individu. Kerana apa? Dalam dunia hari ini, segala harga barang keperluan mengalami kenaikan harga yang sangat mendadak. Kenaikan harga inilah yang dipanggil inflasi. Jika kita hanya mengharapkan pendapatan aktif kita memang kita tidak mampu untuk hidup senang pada masa hadapan.

Jadi dalam post kali ini saya ingin berkongsi apakah side income dan pasif income yang di tawarkan GSR?

Side Income Menjual emas dan perak keluaran GSR

Dalam artikel saya sebelum ini mengenai pencarian dealer GSR, saya telah menerangkan komisyen yang di perolehi bersama GSR. Antaranya ialah, anda akan memperolehi RM15/g jika anda berjaya menjual barang kemas 999 dan emas 916. Cuba anda perhatikan gambar di bawah. Gambar di bawah merupakan sebahagian dari bonus bulan 4 2012 saya.

Personal commision dalam statement di atas merupakan side income saya. Di saat saya masih lagi mengharapkan gaji dari aktif income saya, secara sambilan saya promosikan produk emas GSR dengan rakan-rakan saya. Hasilnya ada yang membeli direct dengan saya dan saya membuat order dengan GSR. Itulah komisyen yang saya terima sebagai side income saya. Saya hanya membuat peruntukan sejam – dua jam sehari untuk membuat promosi kepada rakan rakan saya sama ada secara online atau offline.

Membina pasif Income bersama GSR. 

Satu lagi yang bestnya mengenai perniagaan emas dan perak GSR  ni, anda boleh membina pendapatan pasif anda. Apa itu pendapatan pasif? pendapatan pasif ialah pendapatan yang berterusan hasil dari sekali usaha anda. Ok, cuba perhatikan sekali lagi bonus statement diatas, kebanyakkan income saya hasil dari direct commission. Seperti mana saya beritahu dalam artikel saya pencarian dealer GSR, keuntungan jualan rangkaian ialah sebanyak RM1.50  - RM2 bagi setiap gram pembelian dealer yang telah anda lantik. So, inilah yang dinamakan pasif income. Anda hanya berusaha sekali mengajak rakan2 anda menjadi dealer, kemudia anda ajar rakan anda membuat jualan seperti anda hasilnya juga akan masuk ke poket anda. Mudah bukan untuk membina pasif income bersama GSR?

Satu lagi pasif income yang saya nak kongsikan ialah melalui pembelian emas dan perak itu sendiri. Cuba anda bayangkan anda membeli emas 1kg pada hari ini dalam harga lebih kurang RM180,000. Jika harga emas naik 10% setahun, tidakkah anda memperolehi keuntungan RM18,000 dalam masa setahun? inilah hebatnya perniagaan emas dan perak. Anda boleh memperolehi pendapatan pasif income dengan mudah sekali dengan hanya sekali usaha.

Jika anda bersugguh-sungguh dalam menjalankan perniagaan emas dan perka ini, tidak mustahil suatu hari nanti akan menjadikan perniagaan ini sebagai aktif income anda.

Teknik Ar Rahnu dalam pelaburan emas

Gambar: Azahari Salleh Photography

Gambar: Azahari Salleh Photography

Kesedaran masyarakat hari ini terhadap pelaburan emas semakin meningkat. Ramai sudah mengetahui kenapa mereka harus menyimpan emas. Ada yang menyimpan emas dalam bentu fizikal dan ada juga yang mula melabur dalam akaun simpanan emas.

Salah satu keistimewaan emas fizikal (barang kemas) adalah ianya boleh di Ar-Rahnukan (Ar-Rahnu ialah sistem gadaian Islam). Ia membolehkan kita meminjam wang daripada institusi Ar-Rahnu dengan menyandarkan emas milik kita. Nilai maksima pinjaman yang diberikan ialah 65% – 7o% daripada nilai emas yang kita pajakkan.

Ilustrasi di bawah akan di tunjukkan bagaimana membuat keuntungan dari pelaburan emas dan menggunakan Ar-Rahnu untuk menggandakan keuntungan tersebut.

Ilustrasi 1
Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar kenaikan emas: 10% selama 6 bulan

Jika anda mempunyai barang kemas bernilai RM20,000 dan anda menggadaikan ke Ar-Rahnu, pinjaman yang anda perolehi ialah sebanyak 70% dari nilai emas tersebut iaitu RM14,000 dengan upah simpan sebanyak RM840 selama enam bulan. Dan wang tersebut kesemuanya terus digunakan untuk membeli emas fizikal lagi dan anda membuat gadaiaan ke 2 sehingga lah gadaian ke-6.

Dalam tempoh 6 bulan, jika kenaikkan emas ialah sebanyak 10% (untuk rekod, purata kenaikan harga emas setahun melebihi 20%), anda telah membuat keuntungan sebanyak RM3,412. Jika anda tidak menggadaikan langsung pembelian pertama anda, anda hanya untung RM2,000 dalam masa 6 bulan.

Jadi jelaslah bahawa teknik Ar-Rahnu ini mampu menggandakan keuntungan anda  pada kadar kenaikkan emas 10%.

Ok, bagaimana pula jika emas naik hanya 5%? Mari kita lihat ilustrasi 2.

Ilustrasi 2
Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar kenaikkan emas: 5% selama 6 bulan

Jika kenaikkan emas hanya 5%, anda akan untung hanya RM471. Jika anda tidak menggunakan Ar-Rahnu dan menyimpannya sahaja keuntungannya lebih besar iaitu RM1,000 (Kenaikan emas jika anda tidak menggadaikannya).

Macammana jika emas mengalami penurunan harga? Mari lihat ilustrasi 3

Ilustrasi 3

Andaian
Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar penurunan emas: 5% selama 6 bulan

Jika emas jatuh sebanyak 5%, kerugian anda akan berganda-ganda. Daripada kerugian sepatutnya sebanyak RM1,000 diatas penurunan harga emas, anda sudah kerugian RM5,412 jika anda menggunakan teknik tersebut.

Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah, jika harga emas mengalami kenaikan harga melebihi dari kos simpan tersebut iaitu dalam lingkungan 8%, anda boleh menggunakan teknik Ar-Rahnu. Tetapi siapa yang boleh buat andaian yang tepat? Inilah risiko yang terpaksa pelabur-pelabur emas hadapi jika anda ingin melabur dalam emas.

Untuk rekod, ramai yang telah berjaya membuat keuntungan menggunakan teknik ini sebelum ini kerana kenaikkan emas setahun melebihi 25%.

Apa yang penting, anda perlu bijak merancang. Harga emas mempunyai masa turun dan naik. Jika tepat membuat pelaburan anda akan perolehi keuntungan, jika tidak anda kerugian.

Ramai juga yang mengunakan Ar-Rahnu pada gadaian pertama sahaja. Duit pinjaman yang di perolehi di gunakan untuk membuat pusingan modal dalam perniagaan emas atau pun menyimpan sahaja di dalam pelaburan-pelaburan yang lain seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) ataupun perniagaan-perniagaan lain. Anda yang tentukan.

Untuk memaksimumkan keuntungan adalah perlu bagi sesiapa yang menggunakan teknik ini untuk mendapatkan emas yang terendah di pasaran. Saya mencadangkan anda dapatkan barang kemas keluaran GSR daripada saya dengan harga yang cun melecun. Sila hubungi saya untuk dapatkan harga terbaik dari ladang.

Kenapa perlu bayar RM1000 untuk jadi dealer GSR?

427558_335948013108219_100000790700600_836200_1925571229_n

Ramai yang bertanya kepada saya apa yang kita dapat jika menyertai GSR dengan bayaran RM1000. Ada beberapa syarikat tidak mengenakan bayaran untuk menjadi dealer. Mari kita lihat apa yang kita dapat di bawah ni dan saya akan huraikan serba sedikit mengenainya.

1. WEBSITE MARKETING Contoh : www.gsr2u.com.my/fariz
2. Dapat Membeli Produk Emas Perak Harga TERMURAH !!!
3. Keuntungan jualan y tinggi, emas 999; RM15/g n 916: RM10/g
4. FREE – IKLAN PAPER KOSMO selama 2 bulan
5. FREE -Seminar Marketing Power GSR ( RM500-1000)
6. FREE – Bantuan Marketing di berikan.( seminar anjuran dealer)
7. FREE – Bantuan Khairat Kematian ( RM500)
8. FREE – Penghantaran Percuma ( Seumur Hidup)
9. FREE – 1 Book Resit Pembayaran
10. FREE – Jaket GSR
11. FREE – Flayer 200 keping
12. FREE – Bisnes Card 300 keping
13. Jaminan Belian Semula

Website marketing

Setiap dealer GSR akan diberikan satu website untuk anda promosikan bisnes GSR secara online. Ianya bukan website biasa yang hanya mempromosikan produk dan juga company, tetapi ia juga mempunyai sistem pendaftaran pembeli dan juga pendaftaran dealer. Jika anda rajin membuat promosi secara online di Facebook atau di laman social yang lain, pembeli-pembeli atau yang berminat untuk menjadi pengedar akan secara mendaftar melalui link anda untuk membuat pembelian dan ada juga yang akan menjadi pengedar. Ini dilakukan semuanya secara auto oleh sistem. Cuba anda lihat senarai dealer dan member di dalam photo dibawah seramai 27 orang. Lebih 20 orang daripada mereka bukan rakan saya sebelum ini dan semuanya mendaftar dari link saya yang saya promosikan secara online.

Dengan website tersebut juga anda boleh melihat belian dari dealer atau member di bawah anda. Komisyen juga di update terus secara harian pada hari pembelian di buat (hari bekerja). Ini memudahkan anda membuat folo up atau mengucapkan terima kasih kepada dealer anda atau customer kerana membuat pembelian dengan GSR.

Anda rasa dengan website tersebut berbaloikah bayaran rm1000? Tahukah anda untuk maintain website dan hosting untuk setahun sahaja anda perlu bayar RM100-RM200. Belum lagi jika anda upah sesorang untuk design webiste anda yang biasanya kos upah buat website lebih kurang RM300 – RM800 bergantung kepada design. Itu tidak termasuk sistem seperti yang GSR tawarkan. So, anda boleh buat penilaian sendiri.

Penghantaran Percuma

Penghantaran percuma ni merupakan salah satu bantuan yang saya sangat suka. Tempat tinggal saya yang jauh dari bandar besar dapat menjimatkan kos penghantaran dan kos mengambil stok. Setiap pesanan anda akan di hantar terus ke alamat yang anda berikan semasa membuat order. Anda tidak perlu risau kehilangan barang, kerana pihak GSR sudah membuat jaminan jika barang tersebut hilang dalam masa penghantaran, produk tersebut akan di gantikan dengan syarat kehilangan bukan atas kecuaian anda sendiri seperti meletakkan alamat yang salah.

Untuk jangka masa panjang ia sangatlah berbalai, contoh seperti saya, untuk ke bandar besar sahaja kos pengangkutan sahaja RM30. Bayangkan jika saya membuat banyak sales dan terpaksa berulang banyak kali ke bandar untuk mengambil barang sudah tentu ianya merugikan saya dari segi kos dan masa dan untuk jangka masa panjang ia sangat merugikan.

Komisyen yang tinggi

Jika anda sebagai peniaga, tentulah anda inginkan komisyen yang tinggi, betul tak? Ok, untuk produk emas, GSR memberikan komisyen RM15/g jika anda menjual produk 999 dan RM10/g untuk produk 916. Jika anda menjual 10 gram sehari, komisyen anda sudah tentu RM100 atau RM150. Sebulan? Kira sendiri. Ini belum lagi anda kira komisyen setiap dealer di bawah anda. Jika anda seorang STAR dealer, dan downline anda Master dealer (MD) yang aktif membuat pembelian anda akan juga menerima komisyen daripada jualan MD tersebut sebayak RM1.50/gram. Ini tidak terdapat pada company lain di mana jika downline anda lebih pangkat dari anda, anda tidak merasa apa-apa walau sesen pun.

Komisyen perak pula adalah sebanyak 2% untuk SD, 2.5% untuk CD dan 3% untuk MD. Setiap belian downline kita juga akan menerima komisyen dari 0.6%-1% bergantung kepada pangkat downline anda. Terbukti komisyen ini sangat tiggi di bandingkan dengan syarikat2 lain.

Dengan komisyen yang tinggi tersebut, jika anda tidak mempunyai downline aatu dealer di bawah anda, anda masih lagi untung untuk pembelian peribadi. Untuk jangka masa panjang, anda sebenarnya dapat membeli emas dengan harga yang murah. Contoh, jika anda membeli 100g emas 916, ia sudah cukup untuk cover kos menjadi dealer tersebut. Adakah mustahil untuk seseorang yang melabur dalam emas untuk menyimpan sebanyak 100g? anda ada jawapannya.

Walaupun ada yang menawarkan kepada saya pada harga yang lebih murah dari apa yang GSR tawarkan, tetapi terpaksa membeli dengan volume yang banyak untu satu kali pembelian (minima 100g). Bagaimana bagi peniaga kecil2an dan juga pelanggan yang membeli secara sedikit?

Bantuan promosi lain

Dengan menjadi dealer juga, anda akan diberikan bisnes kad 300 keping, flyers 200 keping, jaket dan juga iklan di surat khabar. Cuba anda kira berapa kos untuk 300 keping bisnes kad, flyers dan juga iklan di akhbar. Sudah tentu iklan lah yang paling mahal dan ramai individu tidak sanggup untuk membayarnya secara persendirian.

Untuk menjadi dealer atau penjual yang bagus, anda perlukan semua itu. Itu merupakan salah satu tools offline larketing yang sangat penting yang sering di abaikan oleh mereka yang berniaga.

Sebagai contoh, semasa hari pertama iklan GSR di KOSMO, dealer2 emas ini menerima banyak panggilan daripada pembaca-pembaca akhbar KOSMO tersebut. Saya sendiri menerima prospek dari Raub yang bertanyakan mengenai perniagaan GSR.  Tidak kurang juga yang menerima panggilan dari sesorang yang menawarkan produk mereka pula. Inilah kelebihan promosi di akhbar.

Bagi saya nantuan pemasaran adalah sangat penting bagi yang betul2 berminat berniaga emas dan perak. Anda tidak boleh hanya mendaftar dealer dan mengharapkan jualan datang tiba-tiba, anda harus melakukan promosi. Dengan bantuan promosi yang di tawarkan GSR, ia sebenarnya memudahkan kerja promosi anda. Semuanya di lakukan oleh syarikat dan anda hanya perlu sambung kerja-kerja tersebut untuk sampai kepada customer.

Kesimpulannya, anda boleh nilai sendiri adakah berbaloi bayaran yang di kenakan sebanyak RM1000 tersebut? Mungkin saya akan ulas lagi beberapa kelebihan jadi dealer GSR dalam artikel akan datang. Jika anda ingin dengar sendiri daripada  saya secara terperinci, anda boleh add saya di FB (www.facebook.com/farizkamis). boleh chat dengan sendiri untuk penerangan yang lebih atau email atau call saya seperti nombor di bawah artikel ini.

Cara-cara mendaftar dealer GSR

hubungi saya segera

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana ingin mendaftar sebagai dealer GSR. So, post kali ini saya akan tunjukkan step pendaftaran sebagai dealaer.

Langkah-langkah pendaftara sebagai dealer

  1. Layari laman web www.gsr2u.com.my/fariz
  2. Klik pada menu Daftar pada butang merah di atas atau bawah New Registartion as Dealer – anda akan di bawa ke menu rasmi website GSR2U. contoh button seperti ini.. 
  3. Kini anda perlu mengisi maklumat butiran anda. Pastikan maklumat Introducer / Sponsor anda ialah fariz dengan Kod Dealer PHG0002 dengan nama MOHAMAD FARIZ BIN MOHAMAD KAMIS
  4. Penuhkan maklumat yang lain-lain seperti yang dipaparkan.
  5. Pastikan username yang anda daftar atau pilih dengan cermat kerana username anda itu adalah ID Rasmi bagi website percuma anda seperti contoh: www.gsr2u.com.my/fariz. fariz ialah username rasmi yang saya pilih
  6. Setelah selesai butiran anda dihantar (submit) dalam talian. Sila buat bayaran terus ke Akaun GSR dengan No. Akaun Bank seperti yang dipaparkan pada sebelah kiri website rasmi GSR2U. No Akaun GSR:

Gold Silver Resources (M) Sdn Bhd 

Maybank  – 5621 0662 1240

CIMB          – 1205 1311 396 052

  1. Pastikan anda buat Screenshot atau Printscreen Payslip jika menggunakan Internet Banking atau ambil slip ATM bagi bukti bayaran untuk GSR.
  2. Emailkan bukti bayaran & salinan MyKad anda kepada admin@gsr2u.com.my & cc kepada saya di farizkumai@gmail.com sebagai rujukan saya untuk mempercepatkan proses pendaftaran anda.
  3. Untuk tujuan simpanan rekod, dokumen manual perlu diisi dan saya akan emel kepada anda untuk dilengkapkan dan dihantar semula kepada saya atau pos terus ke HQ GSR.
  4. Anda akan dihubungi oleh GSR untuk pengaktifan akaun Dealer anda. Saya akan membantu mempercepatkan proses tersebut.

Secara rasminya anda telah menjadi dealer GSR. Mudah bukan? Dalam masa beberapa hari segala item seperti buku resit, jaket GSR, kad bisnes akan sampai di rumah anda. Jika megahdapi masalah sila hubungi saya seperti di bawah.

hubungi saya segera

Beli Emas dan Perak Secara Online

400200_337821639581396_333842186646008_1137584_1174626770_n

Sekarang ini terdapat banyak syarikat yang menawarkan produk emas dan perak kepada pembeli atau pelabur emas dan perak. Syarikat-syarikat baru tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Ia memberikan keuntungan kepada pembeli-pembeli kerana syarikat-syarikat ini terpaksa bersaing untuk menawarkan harga yang boleh menarik pembeli.

Cara jualan juga memainkan peranan yang sangat penting dalam melakukan sesuatu produk emas dan perak tersebut. Perkembangan pesat dunia internet juga menjadi faktor ada sesetengah syarikat yang menawarkan pembelian emas dan perak secara online.

Begitu juga dengan Gold Silver Resources Sdn Bhd yang lebih dikenali sebagai GSR, ada menawarkan pembelian secara online. Jika anda berminat untuk membeli produk GSR seperti silver bar dan syiling anda boleh berbuat demikian dengan hanay duduk di depan komputer anda sahaja.

Bagaimana untuk membeli secara online? Caranya seperti di bawah ini.

  1. Daftar sebagai member secara PERCUMA di www.gsr2u.com.my/fariz
  2. Dapatkan email pengesahaan.
  3. Login menggunakan user id dan password yang telah anda daftar.
  4. Apabila anda telah masuk ke akaun anda, anda klik kepada Make Purchase.
  5. Buat pilihan barangan yang anda inginkan.
  6. Klik pada butang Beli.
  7. Anda perlu buat bayara mengikut kepada invoice yang di keluarkan dalam masa 24 jam. Pembayaran boleh dilakukan menggunakan CIMB akaun atau Maybank.
  8. Pihak syarikat akan menghubungi anda untuk mengesahkan alamat dalam masa 24 jam hari bekerja.

 

Promosi jadi dealer GSR

dealer-emas-silver-gsr

Ramai yang buat promosi untuk jadi dealer GSR.. Jongkongemas.com pun nak wat promosi jugak la.. Kalau nak tahu apa promosi tersebut sila hubungi saya seperti di bawah ini.

RM1,000 jadi pengedar Emas Perak GSR

gelang-GSR

Syarikat Gold Silver Resources Sdn Bhd (GSR) yang beribu pejabat di Seksyen 13 Shah Alam (Worldwide) baru sahaja melancarkan produk emas dan perak terbaru pada 14 January 2012 yang lalu.

Kini sedang giat mencari pengedar-pengedar baru diseluruh Malaysia untuk melebarkan sayap perniagaan. Saya  mencari rakan niaga seluruh Malaysia untuk berda di bawah Rangkaian Jongkong Emas.

Promosi keahlian sedang berlangsung sehingga Mac 2012, hanya bermodalkan RM1,000 anda boleh menjadi pengedar SAH dan akses kepada rangkain produk emas dan perak GSR. Murah kan? Bayangkan kalau kita nak bukak kedai emas, kalau takde RM1 juta mesti tak boleh bukak.. Betul tak?

Jadi apa tunggu lagi.. Hubungi saya segera untuk maklumat lanjut, Fariz Kamis 0129503877.

Mencari Dealer GSR seluruh Malaysia

GSR-product

Jongkong Emas Trading dengan rasminya telah di lantik sebagai dealer rasmi di bawah Gold Silver Resources Sdn Bhd (GSR). Dengan perlantikan rasmi tersebut, Jongkong Emas ingin mengajak juga kepada individu yang berminat untuk menjalankan perniagaan emas dan perak untuk turut serta bersama Jongkong Emas Trading menjual produk GSR.

PROFAIL SYARIKAT

Nama : GOLD SILVER RESOURCES (M) SDN BHD
Singkatan : GSR
Ditubuhkan : 16 November 2011.

Daftar Dealer Sekarang

TUJUAN PENUBUHAN SYARIKAT :
1.Mengeluar Pelbagai Produk Berasaskan Emas dan Perak
2.Memberi peluang perniagaan dan perkongsian keuntungan melalui lantikan pengedar SAH.
3.Memberi Pendidikan dan Kesedaran pentingnya menyimpan emas dan perak kepada rakyat Malaysia.

Hak Eklusif Pengedar GSR:

PRODUK GOLD BAR :
-Keuntungan Jualan  : RM11 /gram
-Keuntungan Rangkaian Jualan : RM2 /gram
-Jualan Semula Syarikat : RM4.00/gram
-Kos Penghantaran : Percuma
-Memiliki Website Pengiklanan : Percuma

PRODUK SILVER :

-Keuntungan Jualan : 2-3 % Silver
-Keuntungan Rangkaian Jualan : 0.6% – 1.00%
-Keuntungan Belian Semula Sehingga : 16- 21%
-Kos Penghantaran Silver melebihi 1kg : Percuma
-Memiliki Website Pengiklanan : Percuma

PRODUK BARANGAN EMAS 916 & 999

-Keuntungan Jualan Emas 916 : RM10 /gram
-Keuntungan Jualan Emas 999 : RM15 / gram
-Keuntungan Rangkaian Jualan : RM1.50/gram
-Jualan Semula Syarikat : RM4.00/gram
-Keuntungan Belian Semula : 14-15%
-Kos Penghantaran Produk Emas : Percuma
-Memiliki Website Pengiklanan : Percuma

Daftar Dealer Sekarang

Jika anda berminat, sila hubungi admin Fariz Kamis 0129503877 atau email kepada farizkumai@gmail.com . Saya akan emailkan kelebihan perniagaan GSR kepada anda. Atau terus daftar di link ini www.gsr2u.com.my/fariz

Daftar Dealer Sekarang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...