Berniaga Emas dan Perak secara Dropship

gsr-dropship

Perniagaan secara dropship telah mula mendapat tempat di kalangan peniaga-peniaga internet di seluruh Malaysia. Dari hari kehari banyak syarikat yang menawarkan perniagaan secara dropship.

Apakah Itu Dropship?

Dropshipping merupakan teknik pengurusan rantaian pembekal di mana penjual tidak menyimpan stok tetapi memindahkan pesanan pembeli produk kepada pembekal untuk tujuan pembungkusan dan penghantaran produk terus ke alamat pembeli.

Dengan kata lain, dropship adalah suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk dan servis yang dijual. Ianya memberi keuntungan yang besar kepada pengedar kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal. Dropship membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan kerana peniaga tidak perlu mempunyai produk atau servis yang dikeluarkan sendiri.

Jika anda ingin berniaga tanpa mengeluarkan modal yang besar, dropship adalah kaedah yang terbaik. Ini bermakna anda boleh menjual tanpa modal, tanpa resiko dan tidak perlu membeli dan menyimpan stok.

Bisnes dropship ini amat sesuai untuk semua golongan tidak kira anda seorang pelajar, penganggur, suri rumah, pekerja sepenuh masa mahupun seorang pesara. Ini adalah kerana perniagaan dropship ini:

- Tidak melibatkan modal yang besar.
- Tidak perlu menyimpan stok.
- Tidak perlu menyewa kedai mahupun menggaji pekerja.
- Risiko perniagaan ini amat rendah.
- Tidak perlu menghabiskan masa yang banyak.
- Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
- Amat senang dan mudah diuruskan!

Dalam bisnes dropship ini, apa yang anda perlu tumpukan ialah cara bagaimana anda mahu menjual produk anda sama ada di blog, di laman bidaan seperti ebay, di forum-forum ataupun menjual di Facebook manakala pembekal pula akan menguruskan tempahan pelanggan anda, uruskan pembungkusan produk dan menguruskan penghantaran kepada pelanggan anda.

Berniaga Emas dan Perak secara dropship

Jadi setelah anda faham apa itu dropship, saya ingin mengajak anda semua menjadi peniaga dropship bersama Gold Silver Resources Sdn Bhd (GSR). GSR menawarkan kepada individu yang berminat untuk berniaga emas dan perak secara dropship dengan bermodalkan hanya RM1,000.

Carta aliran proses dropship bersama GSR

Sebagai dealer, anda hanya perlu promosikan produk GSR sahaja melalui website yang di berikan kepada anda. Contoh website dropship GSR ialah seperti di link ini www.gsr2u.com.my/fariz. Apabila ada customer ingin buat belian, mereka akan bertanya kepada dealer mengenai produk dan delaer perlu menerangkan kepada pembeli apa yang ditawarkan GSR. Pembeli boleh buat pembelian melalui dealer, dan seterusnya dealer akan buat order dengan meletakkan alamat pembeli. Syarikat akan terus menghantar barang kepada pembeli dalam masa 1-2 hari atau paling lewat 7 hari bekerja. Komisyen dealer akan di masukkan pada awal bulan berikutnya setelah dikira jumlah jualan dealer pada bulan semasa.

Selain dari cara di atas pembeli juga boleh membuat bayaran terus kepada syarikat. Tetapi, pembeli harus register secara PERCUMA di laman web pengedar-pengedar GSR seperti link ini www.gsr2u.com.my/fariz.

Jadi, pernigaan emas dan perak tidak lagi menjadi suatu yang susah pada masa ini. Ramai yang tidak berani untuk berniaga emas dan perak kerana risiko menyimpan stok dan penghantaran produk. Sekarang GSR dapat mengatasi isu-isu tersebut dengan memperkenalkan bisnes emas secara dropship ini. Kepada yang berminat menjadi peniaga emas dan perak boleh hubungi saya melalui nombor di bawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...