Kenaikan Harga Silver 24% dalam 2 bulan?

Sebelum ini saya pernah masukkan artikel mengenai Kenapa Silver? Dalam artikel tersebut ada di tulis beberapa faktor yang perlu kita tahu mengenai kelebihan pelaburan silver.

Jadi persoalan yang saya nak utarakan malam ini ialah berapa kenaikan silver sepanjang 2012?. Cuba anda perhatikan graf dari Kitco di bawah. Jika di perhatikan, harga silver pada 1/1 ialah pada USD28.78/oz. Dan pada malam ini 28/2/2012, disaat saya menulis ni, harga silver telah berada pada harga USD35.90/oz. Ha, dan tekan calculator? jawapannya ialah kenaikan silver pada tahun ini ialah sebanyak USD7.12/oz atau dalam percentagenya ialah sebanyak 24.74%.

Wow! Banyakkan? Kalau anda melabur RM100k dalam silver pada 1/1 hari tu, anda sudah tersenyum kerana profit anda mencecah RM24k hanya dalam masa 2 bulan. Yup.. 2 bulan sahaja anda sudah bergaji RM12k sebulan.

Saya tahu ramai di luar sana yang tidak berapa berminat dengan silver jika di bandingkan dengan emas. Tapi saya percaya, ramai yang sudah buka mata untuk memiliki silver. Kerana Silver merupakan pelaburan yang mampu milik jika di bandingkan dengan emas. Mungkin selepas tengok graf di atas, anda akan order silver dengan saya.

Jika ingin membeli silver, anda boleh mulakan dengan membeli silver 1 ounce keluaran GSR. Antara produknya yang baru dilancarkan ialah 1 oz Rhinoceros Hornbill 2012 Silver Coin seperti gambar di bawah ni.

Related Articles:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

*
= 4 + 8