Kita Belum Cukup Sakit

kemiskinan4

PERKONGSIAN CERITA DARI SEORANG SAHABAT FB. Di sebuah tmn perumahan, ada seorang pejalan kaki sdg berjln melintasi sebuah rumah. Di situ berdiri tuan rumah dan disebelahnya ada se ekur anjing yang asyik melalak tanpa henti.

Pejalan kaki bertanya,” Kenapa anjing Tuan asyik melalak saja dari tadi?” Kata tuan anjing,” Anjing tu duduk di atas papan yang di atasnya ada paku yang mencucuk punggung anjing”

Pejalan kaki bertanya lagi,” Kenapa anjing tu tak berpindah dari papan tersebut dan berhenti melalak?” Tuan anjing menjawab,” anjing tu BELUM CUKUP SAKIT”.

IKTIBAR: Berapa ramai antara rakan kita yang setiap hari mengadu kesusahan, keperitan hidup, hutang di sana-sini ttp masih tak berbuat apa2 untuk mengubah masa depan. Kenapa kita harus menunggu saat2 genting/kritikal baru kita boleh berubah? Adakah kita belum cukup sakit menanggung keperitan hidup? Kerana mungkin di rumah kita masih ada sesuap nasi utk di makan ataupun masih ada org2 yg boleh memberi simpati apabila terdesak.

Amat malang sekali, ramai di antara kita yang miskin di negara sendiri walaupun kita warganegara Malaysia. Berapa ramai kita lihat orang-orang asing yang bergelar pendatang haram tapi meraih kekayaan yang melimpah ruah di bumi Malaysia lantaran kehidupan di tanah air mereka yg mengajar mereka erti sebenar KESAKITAN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...