Pelaburan dalam jongkong emas merugikan?

emas-perak-dinar-dirham

Adakah anda rasa pelaburan emas merugikan? Jika ya, anda adalah tergolong dalam golongan yang tidak berILMU. Kenapa saya berkata begitu? Dalam membuat sesuatu pelaburan, ilmu adalah pelaburan pertama kita. jangan kedekut untuk membeli bahan bacaan berkaitan emas dan jangan jadi bodoh sombong untuk bertanya. Janganlah hanya kerana melihat orang lain melabur emas, anda terikut-ikut untuk melabur emas juga tanpa perlu membuat kajian yang mendalam.

Bagi kes di bawah ini, saya rasa kesilapan utama beliau ialah membeli emas dengan syarikat yang menawarkan harga pada spread yang agak tinggi dan menjual dalam tempoh yang singkat tanpa melihat harga belian dan jualan. Inilah yang di katakan tidak berIlmu. Anda perlulah banyak buat bacaan sebelum meneruskan sesuatu pelaburan dan jangan buat bila orang lain buat. Buat lah berdasarkan ilmu yang kita ada.

Pelaburan dalam jongkong emas merugikan?

TSURI
Kajang, Selangor
SAYA ialah antara mereka yang memilih untuk melabur dalam jongkong emas melalui pembelian emas tulen 999.99.

Atas nasihat seorang kawan, saya bersetuju dengan harapan membuat pelaburan dalam emas tulen sebegini menjamin keuntungan lumayan dan lebih selamat kerana harga emas dikatakan terus stabil dan dijangka meningkat walaupun berdepan dengan suasana ekonomi yang suram.

Selain daripada tidak banyak maklumat yang diketahui dalam perkara jual beli jongkong emas, saya juga termakan dengan pemikiran bahawa tidak ramai orang Melayu melabur dalam jongkong emas kerana orang Melayu lebih berminat membeli barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti emas 916 misalnya.

Isunya di sini yang menimbulkan persoalan dan kejutan kepada saya ialah ketika saya ke tempat ‘A’ untuk menjual balik ketulan emas di sana iaitu sebuah kedai emas terkemuka yang tidak perlu disebutkan nama demi menjaga reputasinya.

Saya terkedu apabila pekerja yang berurusan dengan saya menyatakan harga bagi jual balik adalah RM15,400 untuk 100 gram emas.

Sementara itu, harga untuk membeli pula adalah RM18,000 untuk 100 gram sedangkan pada masa itu harga emas di pasaran semasa adalah RM19,800.

Ekoran peristiwa ini saya rasa seperti ditipu dan sangat terkilan kerana untung lumayan dibayangkan tersasar jauh. Sebaliknya, kerugian yang bakal ditanggung jika saya meneruskan niat untuk menjual emas pada hari itu.

Melalui ruangan ini, saya berharap pihak berwajib seperti Kementerian Kewangan dan Bank Negara serta pihak berkuasa lain dapat memberi penjelasan dan garis panduan pelaburan emas bagi menjaga kepentingan awam dan peniaga tidak sewenang-wenangnya mengaut keuntungan.

Sumber: Utusan Online

SARA 1 Malaysia dibuka hari ini

1

Hari ini 30 Januari seperti yang di wawarkan sebelum ini akan dibuka jualan unit melibatkan SARA 1Malaysia  (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia), skim yang terbaru yang dilancarkan oleh Perdana Menteri.

Apa Yang Terkandung dalam SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) Ini?

  1. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
  2. Skim khas Sara 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.
  3. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah
  4. Bayaran Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.

Cara Memohon Sara 1Malaysia (Borang Permohonan)

  1. Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.
  2. Jika anda berjaya, pihak akan menghubungi sendiri anda kelak
  3. Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti :
  • Kad pengenalan pemohon (2 salinan)
  • Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan)
  • Bukti pendapatan (1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini & 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini)
Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia
  1. Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  2. Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000. Bermakna di sini, jumlah pendapatan kasar suami dan isteri mesti tak lebih RM3,000. Jelas?
  3. Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  4. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
  5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
  6. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  7. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

Emas mahal, cuba silver pulak

bunga-raya

Ada di antara kawan-kawan saya yang apabila saya cuba promosi emas kepada mereka, mereka mengatakan emas mahal sangat. Jawapan saya, yup, emas memang mahal dan akan terus mahal. Jika kita tidak mampu nak beli emas sekarang, nampaknya kita susah nak beli pada masa hadapan.

Sebenarnya ada satu lagi logam yang sanagt berharga selain dari emas. Logam itu ialah perak. Semasa saya menulis arikle ini, harga emas ialah USD1700 per ounze. Tapi perak hanya berharga USD33/ounce. Anda nampak tak beza harga antara emas dan perak tu? Jauhkan. Kalau di tukar kepada ringgit, harga perak sekilo dalam RM4,000 tapi emas sekilo sudah berharga RM170,000.

Jadi jika anda mengatakan emas terlalu mahal. Anda boleh la memikirkan perak sebagai alternatif. Dan untuk pengetahuan semua kenaikan harga perak lebih tinggi dari emas untuk 10 tahun yang lepas. Kenapa? Kerana perak menjadi pilihan dalam sektor industri. Perak banyak di gunakan dalam sektor pembuatan. Jadi tidak hairan lah harga perak meningkat dengan begitu cepat.

Jika anda ingin mendapatkan produk perak, anda boleh menghubungi saya. Antara produk yang saya akan tawarkan ialah produk dari Public Silver (PS) dan Gold Silver Resources (GSR).

Beli Emas dan Perak Secara Online

400200_337821639581396_333842186646008_1137584_1174626770_n

Sekarang ini terdapat banyak syarikat yang menawarkan produk emas dan perak kepada pembeli atau pelabur emas dan perak. Syarikat-syarikat baru tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Ia memberikan keuntungan kepada pembeli-pembeli kerana syarikat-syarikat ini terpaksa bersaing untuk menawarkan harga yang boleh menarik pembeli.

Cara jualan juga memainkan peranan yang sangat penting dalam melakukan sesuatu produk emas dan perak tersebut. Perkembangan pesat dunia internet juga menjadi faktor ada sesetengah syarikat yang menawarkan pembelian emas dan perak secara online.

Begitu juga dengan Gold Silver Resources Sdn Bhd yang lebih dikenali sebagai GSR, ada menawarkan pembelian secara online. Jika anda berminat untuk membeli produk GSR seperti silver bar dan syiling anda boleh berbuat demikian dengan hanay duduk di depan komputer anda sahaja.

Bagaimana untuk membeli secara online? Caranya seperti di bawah ini.

  1. Daftar sebagai member secara PERCUMA di www.gsr2u.com.my/fariz
  2. Dapatkan email pengesahaan.
  3. Login menggunakan user id dan password yang telah anda daftar.
  4. Apabila anda telah masuk ke akaun anda, anda klik kepada Make Purchase.
  5. Buat pilihan barangan yang anda inginkan.
  6. Klik pada butang Beli.
  7. Anda perlu buat bayara mengikut kepada invoice yang di keluarkan dalam masa 24 jam. Pembayaran boleh dilakukan menggunakan CIMB akaun atau Maybank.
  8. Pihak syarikat akan menghubungi anda untuk mengesahkan alamat dalam masa 24 jam hari bekerja.

 

Kita Belum Cukup Sakit

kemiskinan4

PERKONGSIAN CERITA DARI SEORANG SAHABAT FB. Di sebuah tmn perumahan, ada seorang pejalan kaki sdg berjln melintasi sebuah rumah. Di situ berdiri tuan rumah dan disebelahnya ada se ekur anjing yang asyik melalak tanpa henti.

Pejalan kaki bertanya,” Kenapa anjing Tuan asyik melalak saja dari tadi?” Kata tuan anjing,” Anjing tu duduk di atas papan yang di atasnya ada paku yang mencucuk punggung anjing”

Pejalan kaki bertanya lagi,” Kenapa anjing tu tak berpindah dari papan tersebut dan berhenti melalak?” Tuan anjing menjawab,” anjing tu BELUM CUKUP SAKIT”.

IKTIBAR: Berapa ramai antara rakan kita yang setiap hari mengadu kesusahan, keperitan hidup, hutang di sana-sini ttp masih tak berbuat apa2 untuk mengubah masa depan. Kenapa kita harus menunggu saat2 genting/kritikal baru kita boleh berubah? Adakah kita belum cukup sakit menanggung keperitan hidup? Kerana mungkin di rumah kita masih ada sesuap nasi utk di makan ataupun masih ada org2 yg boleh memberi simpati apabila terdesak.

Amat malang sekali, ramai di antara kita yang miskin di negara sendiri walaupun kita warganegara Malaysia. Berapa ramai kita lihat orang-orang asing yang bergelar pendatang haram tapi meraih kekayaan yang melimpah ruah di bumi Malaysia lantaran kehidupan di tanah air mereka yg mengajar mereka erti sebenar KESAKITAN.

Promosi jadi dealer GSR

dealer-emas-silver-gsr

Ramai yang buat promosi untuk jadi dealer GSR.. Jongkongemas.com pun nak wat promosi jugak la.. Kalau nak tahu apa promosi tersebut sila hubungi saya seperti di bawah ini.

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Februari 2012

Ustaz_Azhar_Idrus (Small)

Berikut adalah Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus sepanjang bulan February. Klik sini untuk dapatkan Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa

Pegawai rugi RM50,000, 45 jongkong perak dicuri

silverbar1kg

Berhati ye kawan2, sekarang ni memang hidup pun dah tak selamat. Kes curi dah jadi benda biasa. Kes terbaru mengenai kehilangan 45 ketul jongkong perak keluaran Public Silver.

PUTRAJAYA 25 Jan. – Seorang pegawai kerajaan kerugian lebih RM50,000 selepas rumahnya di Presint 8 di sini dipecah masuk penjenayah yang melarikan 45 jongkong perak miliknya yang disimpan dalam sebuah peti besi.

Mangsa berusia 34 tahun yang enggan dikenali memberitahu, ketika kejadian, dia bersama isteri dan dua anaknya tiada di rumah kerana bercuti ke Pulau Langkawi bermula 18 Januari lalu sehingga semalam.

Katanya, ketika pulang ke rumah tengah hari semalam, dia menyedari kediamannya itu telah dipecah masuk dan dalam keadaan berselerak.

“Saya kemudian memeriksa bilik dan mendapati peti besi yang menyimpan 45 jongkong perak itu telah hilang.

“Sebanyak 42 daripada jongkong itu masing-masing seberat 250 gram manakala tiga lagi seberat satu kilogram setiap satu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Mangsa memberitahu, dia membeli jongkong perak tersebut dari sebuah syarikat sejak Ogos lalu untuk pelaburan masa depan.

“Selain jongkong perak, saya turut membeli jongkong emas. Bagaimanapun jongkong emas tersebut disimpan di dalam bank.

“Jongkong perak murah dibeli namun nilainya tinggi jika dijual, harga pasaran bagi sekilogram perak ialah RM3,600,” katanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan polis mendapati terdapat kesan umpil di pintu rumah mangsa.

SUMBER: UTUSAN

RM1,000 jadi pengedar Emas Perak GSR

gelang-GSR

Syarikat Gold Silver Resources Sdn Bhd (GSR) yang beribu pejabat di Seksyen 13 Shah Alam (Worldwide) baru sahaja melancarkan produk emas dan perak terbaru pada 14 January 2012 yang lalu.

Kini sedang giat mencari pengedar-pengedar baru diseluruh Malaysia untuk melebarkan sayap perniagaan. Saya  mencari rakan niaga seluruh Malaysia untuk berda di bawah Rangkaian Jongkong Emas.

Promosi keahlian sedang berlangsung sehingga Mac 2012, hanya bermodalkan RM1,000 anda boleh menjadi pengedar SAH dan akses kepada rangkain produk emas dan perak GSR. Murah kan? Bayangkan kalau kita nak bukak kedai emas, kalau takde RM1 juta mesti tak boleh bukak.. Betul tak?

Jadi apa tunggu lagi.. Hubungi saya segera untuk maklumat lanjut, Fariz Kamis 0129503877.

Tambat mata wang ikut nilai emas

dn_03.1

Adakah dengan menambat matawang kepada emas akan meningkatkan harga emas? Yang pasti ia akan mengukuhkan nilai matawang tersebut.

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mencadangkan negara-negara menambat mata wang kepada emas berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi mengelak dihimpit krisis kewangan.

Beliau berkata, pendekatan tersebut akan membolehkan mata wang ditambat kepada barangan berharga dan membantu mengelak daripada menjadi mangsa manipulasi pihak-pihak tertentu.

Katanya, emas menjadi pilihan kerana nilainya yang terus meningkat berbanding dolar AS yang naik dan turun ekoran campur tangan dan manipulasi.

Sehubungan itu, tambahnya, negara-negara perlu melihat kembali kepada perjanjian Bretton Woods yang diperkenalkan selepas Perang Dunia Kedua untuk pembangunan ekonomi yang menyaksikan mata wang dunia ditambat kepada dolar AS dan emas.

“Pendekatan tersebut akan menyaksikan perniagaan mata wang berasaskan nilai sebenar dan bukannya nilai spekulasi.

“Kita perlu kembali melihat pendekatan asal apabila menghadapi masalah seperti kata pepatah Melayu, pulang ke pangkal jalan,” katanya yang sebelum ini telah beberapa kali mencadangkan penggunaan emas sebagai sandaran matawang utama.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk Kewangan Global: Membina kerangka antarabangsa baru pada majlis makan malam sempena Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global di sini malam ini.

Dr. Mahathir berkata, kerajaan juga perlu diberi kuasa untuk memantau perdagangan pasaran kewangan untuk mengelak daripada manipulasi.

“Selain itu, peraturan baru juga perlu diperkenalkan untuk memantau dan mengawal tindakan manipulasi oleh pihak-pihak berkenaan,” ujarnya. – UTUSAN MALAYSIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...